UKHWAH FILLAH

"Setiap hari si rusa akan bangun pagi dan kemudian berlari dan terus berlari, si rusa takut jika dia tidak berlari dia akan dibaham harimau dan mati sia-sia, begitu juga dengan si harimau, setiap hari si harimau akan bangun awal pagi dan kemudian akan berlari dan terus berlari, si harimau tahu jika dia tidak berlari, dia akan alpa dan akan mati kelaparan kerana tidak dapat makan si rusa"- Jadikan hidupmu sentiasa dalam persaingan-

Sunday, 28 August 2011

KOMIK: COUPLE BAHAGIA


SELAMAT HARI RAYA BUAT USRAH TERCINTA


Salam...

Apa kabar semua? sihat?
Ha..
Hari ni abang nak tulis sempoi2..
tak nak skema2 sangat...
Mesti semua dah beli baju raya kan?
Mestilah, elaun dah keluar, jadi raya tahun ni mesti gempak kan?
Lupakan sementara KKP yang menyakitkan hati tu...
Hari raya jangan sedih2,
Kalau sedih itu bukan hari raya..
Hari raya hari kemenangan umat islam...


Hari ni, abang masih ada kesempatan untuk menulis blog..
Tiba-tiba teringat kat adik2 usrah ni..
Harap-harap semua sihat walafiat...
Masuk ni dah 2 bulan kita jadi keluarga..
Rasanya mungkin selama 2 bulan kita jadi keluarga,
Mesti ada salah dan silap yang dilakukan..
sama ada secara sengaja atau tidak sengaja..
Terutamanya kami yang menjadi naqib untuk anda semua..


Kami (izwan dan akmal) minta maaf banyak-banyak sekiranya tidak mampu menjadi naqib yang terbaik untuk anda semua..

Kami cuma mampu lakukan sekadar yang ada..
Mungkin segala kesilapan datang dari kekurangan kami sendiri..

Jadi, untuk lebaran yang bakal menjelma, kami memohon seribu kemaafan kepada anda semua..
Buat zul, faiz, nur faiz, nasrul, asri, sirajul bilad, adib..kami mohon ampun banyak-banyak sebab tak dapat buka puasa sama-sama tempoh hari..
Mungkin kami terlalu menyibukkan diri dan kami tau satu usrah juga sedang dilema dengan KKP..
Mungkin selepas ramadan ini kami akan lakukan satu transformasi untuk usrah ni menjadi lebih menarik lagi..


Untuk baki-baik ramadan yang tinggal mungkin dalam 3.4 hari lagi..
Kami memohon maaf sekali lagi...
Teruskan menambahkan amalan di bulan ramadan ini dan harap-harap selepas bulan ramadan ini, kita mampu menjadi manusia yang lebih baik daripada sebelumnya..

Untuk itu selamat Hari Raya Idulfitri Kami ucapkan, semoga ikatan kekeluargaan kita semua semakin kuat..
selamat berhari raya....
ada duit raya untuk kami tak? hehe..
salam sayang dan rindu..
~izwan dan akmal~


Wednesday, 24 August 2011

Akmaluddin: Dia jiwa saya

Tiba-tiba hari ni rasa nak dikongsikan sesuatu khusunya buat sahabatku, Akmaluddin bin Mohd Fauzi, tiba-tiba rasa nak ingat balik kenapa Allah kurniakan sahabat sepertinya. Sebuah pertemuan itu kesemuanya sudah dicatatkan di luh mahfuz waktu sejak azali lagi dan kini pena telah pun kering, pertemuan itu sudah dijanjikan..



Bila nak balik ke kampung ni untuk bercuti raya, tiba-tiba datang perasaan sedih, siapa sangka perasaan tu datang secara semula jadi tanpa diminta..

Akmal


Mungkin Akmal salah satu sahabat yang dikurniakan Allah yang perlu dihargai. Ya, saya juga tidak sangka dapat berjumpa dan bersahabat dengan Akmal. Dahulu, saya sering berjanji pada diri, apabila mahu bersahabat dengan seseorang, biarlah bersahabat hingga ke syurga, hingga dapat menembus pintu syurga kelak.

Kini, janji itu saya usahakan bina bersama Akmal..

Kini, saya mahu pulang ke kampung masing-masing, Akmal akan pulang ke Johor dan saya akan pulang ke Klang. Walaupun saya akan bercuti selama 9 hari, tetapi saya sangat rasa sedih, tiba-tiba rasa rindu kepada Akmal.

Mungkin ukhwah yang dibina sudah ada kesannya. Saya takut dan selalu berfikir, apabila cuti ini tiba dan saya berpisah sementara dengan Akmal, saya bimbang saya tidak dapat berjumpa dengan Akmal lagi, saya juga takut jika saya mati kelak, apakah saya dapat berjumpa Akmal lagi. Ya, pelbagai andaian lagi wujud dalam pemikiran.

Akmal sempoi orangnya sedangkan saya serius dan tidak suka bercakap banyak. Tadi, saya mimpi Akmal lagi. Saya mimpi saya berada di rumahnya bersama-sama ibu dan ayahnya. Mungkin saya rindu suasana di rumahnya sehingga terbawa-bawa dalam mimpi. Subhanallah..


Apabila seseorang anak adam itu dimasukkan ke dalam syurga, maka dia akan terlupa segala penderitaannya begitu juga apabila dia dimasukkan ke dalam neraka, maka dia tidak akan teringat akan kebahagiaannya di dunia. Kita akan lupa segalanya termasuk segala pertemuan kita di dunia..

Saya sangat menyayangi Akmal, kadang-kala apabila saya merasakan tekanan yang hebat datang secara tiba-tiba, saya datang ke bilik Akmal. Saya suka duduk bersembang dengannya. Hati saya jadi tenang. Akmal dapat menggembirakan hati saya. Dalam sekelip mata sahaja segala tekanan hilang sekelip mata.

Saya bersyukur dipertemukan sahabat seperti Akmal. Dia jiwa saya, saya akan mersai sakit bila dia terasa sakit. Saya akan jadi bimbang bila tidak bertemu dengannya atau bersms dengannya. Cantik sungguh perancangan Allah. Manusia perlu saling melengkapi. Saya tidak pandai berjenaka tetapi Akmal pandai. Bila saya tertekan, Akmal orang yang dapat menghiburkan saya. Bila saya rasa hendak bermanja-manja dengan Akmal, saya datang cari dia.

Akmal tidak pernah marah jika saya datang ke biliknya. Kadang-kala saya yang tertidur di katilnya tetapi dia tidak pernah marah. Saya suka bermanja-manja dengan Akmal. Mungkin dia sahabat yang memahami. Kadang-kala saya SMS Akmal,saya sayang dia. Dia tidak pernah rasa marah dan jijik dengan perkataan yang saya ucapkan. Kadang-kala Akmal pula yang ungkapkan perkataan uhibbukafillah. Saya sangat menghargai Akmal.

Saya juga sering terfikir apabila saya sudah naik semester nanti, belum tentu saya dapat berjumpa kerap dengannya. Akmal mungkin sudah ada rumah bersama sahabat-sahabatnya yang lain, saya pula terpaksa duduk berjauhan dengan Akmal. Pada masa akan datang juga, saya juga terpaksa berpisah dengannya kerana kami bakal menjadi guru tetap kelak.

Saya mungkin sedih ketika itu, mungkin berbaki 4 tahun lagi, saya dapat berjumpa dengan Akmal, selebihnya saya serahkan kepada Allah kerana DIA sebaik-baik perancang.

Buat sahabatku Akmal, Uhibbukafillah...

Friday, 19 August 2011

GAMBAR


Maksud Hadis Rasulullah s.a.w: "Seseorang di antara kamu tidak akan dianggap beriman sehingga mencintai saudaranya (yang muslim) sebagaimana halnya mencintai dirinya sendiri" (hadis  riawayat Bukhari dan Muslim)

CHANNEL GHURABA (SATU KEDATANGAN DAJJAL)

Hayati kisah 'the arrivals' ini. Mudah-mudahan kita mendapat petunjuk..

TV: GHURABA CHANNEL ( MARI MENGENALI DAJJAL)


Dunia menghampiri akhir zaman..

KOMIK: REALITI KEHIDUPAN DI MALAYSIA


CERPEN: SAHABAT SEJATI




Saufi sedang berada di luar  masjid, dia sedang memerhatikan seorang pemuda yang sedang khusyuk solat di kawasan dalam Masjid Imam Shafie. Saat itu dia melihat pemuda tersebut  bersungguh-sungguh berdoa. Saufi seakan mengenali pemuda tersebut lalu menghampirinya. Alangkah terkejutnya apabila dia melihat pemuda tersebut adalah sahabat baiknya yang sudah lama terpisah.
“Assalamamualaikum  ya Nazif, awak masih ingat saya lagi”.  Saufi datang merapati Nazif dalam keadaan lututnya bertemu lutut Nazif.
“Waalaikumsalam, minta maaf, saya tidak mengenali awak, siapa awak?”. Jawapan bersahaja yang telah keluar daripada mulut Nazif seolah-olah dia tidak mengenali Saufi.
“Minta maaf, mungkin saya silap orang”. Saufi sedikit hairan lalu meminta maaf kepada pemuda tersebut.
“Tidak mengapa, minta maaf,saya ingin bertanya, bagaimana awak tahu nama saya Nazif?” pemuda tersebut kelihatan hairan apabila namanya diketahui Saufi.
“Rupa awak serupa dengan sahabat baik saya dan mungkin secara kebetulan nama awak juga sama seperti sahabat saya itu”. Saufi menundukkan muka lalu terpancar pada wajahnya kekesalan.
“Awak tak apa-apa?”. Nazif memegang bahu Saufi.
“Saya tidak apa-apa, mungkin badan saya kurang sihat”. 
“Berdoalah kepada Allah, mudah-mudahan kamu cepat sembuh.” Kata-kata pemuda tersebut membuatkan Saufi semakin tersentuh seolah-olah sahabat lamanya itu ‘telah pulang kembali’.
************************************************************************************************
5 tahun lalu, Saufi dan Nazif bersahabat baik, mereka merupakan antara sahabat yang boleh dijadikan contoh ikutan kepada sahabat-sahabat yang lain, Akhlak mereka begitu tinggi apatah lagi mereka berdua juga turut sama cemerlang dalam peperiksaan sekolah dan awam, apabila ditanya rahsia kejayaan mereka, mereka akan mengatakan kejayaan mereka disebabkan saling melengkapi antara satu sama lain, mungkin ramai sahabat merasa hairan dengan jawapan tersebut tetapi mereka berdua telah membuktikan bahawa saling melengkapi mampu membawa kejayaan yang gemilang dalam hidup seseorang.
“Saufi, ambil kopi ni, aku buatkan untuk kau”. Nazif menghulurkan kopi yang dibancuhnya  kepada Saufi.
“Sedapnya zif kopi kau ni, mana kau belajar ni?”. Saufi menghirup kopi yang dibuat sahabatnya itu,
“Yeke ni, ke kau nak peril aku  pi?.” Nazif memegang pipi Saufi dengan kedua belah tangannya,
“Betullah Zif,, sedap kopi kau ni, selama ni, kopi siapa jela yang aku selalu minum?”. Saufi menguatkan lagi hujahnya.
“Terima kasih Pi”. Nazif  tersenyum sambil memandang Saufi.
Hubungan mereka berdua terlalu rapat, mereka berdua saling memahami antara satu sama lain, untungnya, mereka berdua sejak daripada sekolah menengah hingga ke alam Maktab, mereka berdua ditakdirkan tidak pernah berpisah malah ketika berada di Maktab Perguruan Islam, mereka berdua disatukan dalam satu kelas yang sama. Kehidupan di maktab tiada perubahan, selama 5 tahun setengah mereka akan kekal untuk satu kelas yang sama. Maka, hubungan mereka akan bertambah rapat dan mungkin juga menjadi contoh kepada pelajar Maktab Perguruan Islam yang lain
“Zif, aku ada satu perkara ni nak cakap dekat kau, boleh?”. Saufi merapati tubuh badannya ke arah Nazif.
“Apa dia Saufi?”. Nazif tenang memandang wajah sahabatnya itu.
“Sebenarnya, dah lama aku nak tanya kau soalan ni, hari ini aku rasa nak luahkan sesuatu dekat kau.” Saufi  ingin meluahkan perasaannya kepada Nazif.
“Ya Sahabatku Saufi, cuba cerita kat aku, kau tak percayakan aku lagi ke Pi? Sudah berapa lama kita bersahabat  tapi hari ni kau seakan ada masalah besar yang susah  dikongsikan bersama. Percaya pada aku Pi, aku cuba tolong kau yang termampu jika aku ada kekuatan untuk membantu kau”. Nazif membelai rambut Saufi.
“Zif, kalau aku meninggal satu hari nanti, kau rasa kau boleh tolong doakan aku tak?”. Nazif  terdiam seketika. Soalan itu benar-benar menusuk jiwanya. Saufi sudah ibarat dirinya sendiri,  Banyak kenangan manis dan pahit dikongsikan bersama antara mereka. Kini, soalan itu benar-benar membunuh jiwa Nazif.
“Pi, mati hidup itu di tangan Allah, Dia yang berhak menentukan  hidup dan matinya manusia. Kalau kau tiada lagi, dah tentu aku sedih. Bila kau sakit, aku dah terasa sakit sangat. Kau masih ingat, ketika kau demam dulu, kau tak bagitahu aku kau demam, tapi kawan-kawan sekelas yang mengatakan kau demam, aku punya risau, aku sanggup ponteng kelas semata-mata nak lawat kau kat bilik Pi”. Nazif cuba membangkitkan kenangan silam antara mereka berdua.
************************************************************************************************
“Zif, kau nak bawa aku pergi mana pagi-pagi ni?”.   Saufi  agak tekejut kerana pagi-pagi lagi Nazif sudah mengejutkan sahabatnya itu lalu di bawa menaiki motorsikal Lagendanya untuk menuju ke satu tempat yang tidak diperkatakan Nazif.
“Aku nak bawa kau jalan-jalan Pi.” Nazif menyembunyikan  jawapannya kepada Saufi.
“Jauh lagi ke Zif?”. Saufi semakin tertanya-tanya.”
“Dah sampai ni, cuba kau lihat di sana.” Nazif menunjukkan kawasan tasik di kawasan Putrajaya kepada Saufi.
“Subhanallah, hebat sungguh ciptaan Allah. Terima kasih Zif, kau sahabat yang benar-benar memahami aku”. Saufi berasa sungguh seronok, malah kerseronokannya sukar digambarkan.
“Kau ingat lagi tak Pi, tasik ni banyak membawa kenangan kita bersama. Satu masa dulu, aku pernah terjatuh ke dalam tasik ni, nyawa aku sekan ditarik, tiba-tiba kau muncul menyelamatkan aku Pi, aku berterima kasih pada kau Pi.” Air mata Nazif mula mengalir.
“Aku masih ingat lagi kenangan hitam tu Zif. Pada waktu itu juga ukhwah kita mula terjalin, kau pula banyak memimpin aku jadi orang yang berguna Zif. Lepas kejadian itu, kau bawa aku jumpa keluarga kau, keluarga kau begitu baik sekali, kau tunjukkan akhlak yang baik  Zif. Kau buat aku jatuh cinta dengan islam. Aku seolah-olah baru belajar tentang islam. Layanan kau sungguh baik sehingga aku rasa ingin mencontohi kau Zif. Terima kasih banyak-banyak Zif”.
“Pertemuan kita sudah dirancang Pi, kita bertemu di alam ruh dahulu dan kini kita bertemu di dunia ini semula. Tapi……”
“Tapi apa Zif?”. Saufi tertanya-tanya.
“Tapi aku tidak tahu sama ada kita boleh berjumpa di akhirat kelak kerana semua itu bukan urusanku”. Nazif melihat wajah sahabatnya itu.
“Dengan Izin Allah, insyaallah kita akn dipertemukan di sana Zif”. Air mata Saufi turut mengalir deras.
“Pi..Uhibbukafillah..” Saufi meluahkan perasaannya.
“Uhibbukafillah aidon”. Nazif juga menyayangi Saufi.
Uhibbukafillah bermakna saya cintakan kamu kerana Allah. Perkataan ini diajarkan nabi Muhammad kepad a sahabatnya supaya mengungkapakan perkataan ini kepada sahabat yang disayangi.
“Pi, selamat hari lahir, nah, ambil ni!”. Nazif menghulurkan sesuatu kepada Saufi.
“Apa ni Zif”. Saufi membuka bungkusan hadiah tersebut.
“Ya Allah, mana kau tahu aku suka kamera Zif?”. Saufi terkejut melihat camera digital pemberian Nazif.
“itu yang dinamakan sahabat dunia akhirat Pi. Gunakanlah kamera itu untuk mengembangkan bakat kau Pi. Gunakan untuk Islam.” Nazif memberikan kata-kata semangat kepada Saufi.
“Terima kasih Zif, Insyaallah, aku gunakan sebaik-baiknya dan aku ingat pesanan kau ni Zif”. Saufi memeluk erat Nazif.
“Jom kita bergambar, biarlah gambar pertama yang ada dalam kamera ini gambar sahabat yang paling aku sayangi”. Saufi mahu mengambil gambaer Nazif.
“1,2,3…Klik. Ha, comelnya..”.Saufi tersenyum.
“Pi, jom kita balik”.  Mereka berdua pulang ke rumah menaiki motorsikal Lagenda Nazif.
Sedang Nazif berjalan-jalan, tiba-tiba kakinya terpijak batu lalu tergelincir ke dalam tasik.
“Pi, tolong aku..”. Saufi menjerit meminta pertolongan.
“Nazifffffffffffffffffffffffffffffffffff.. Saufi menjerit nama Nazif.
Saufi melompat ke dalam tasik tersebut untuk menyelamatkan Nazif namun dia gagal mencapai tangan Nazif, Nazif hilang daripada pandangan mata Saufi.
“Naziffffffffffffffffffffffffffffffffffffffffff!!”. Saufi menjerit sekuat hati.”
Kini, sahabatnya itu sudah hilang daripada pandangan mata, dia kini sudah kehilangan sahabat sejatinya, sahabat yang banyak memberikan inspirasi kepadanya, sahabat yang sentiasa bersamanya ketika susah dan senang, sahabat yang sering memberi peringatan kepadanya saat dial alai dan lupa. Sahabatnya itu kini telah bertemu Yang Esa.
********************************************************************************************
3 tahun kemudian, Saufi melihat semula surat yang pernah diterimanya sewaktu berada di alam Maktab bersama-sama sahabatnya, Nazif.
Buat sahabatku Saufi..
Satu masa nanti, setiap manusia pasti akan mati,
Tidak terkecuali juga diriku,
Aku ingin memohon banyak-banyak kepada dirimu sekiranya aku tidak mampu menjadi sahabat yang terbaik buat dirimu,
Aku bersyukur kepada Allah kerana dikurniakan sahabat yang baik seperti dirimu.
Aku akan cuba menjaga persahabatan ini hingga ke akhirnya,
Jika aku pergi dulu sebelummu.
Doakanlah aku selalu….
Biar kita bertemu di sana kelak..
-sahabatmu, Nazif-
Air mata Saufi mengalir deras, dia teringat semula kenangan lalu bersama sahabatnya itu, lalu dia terus bersujud kepada Allah dan berdoa kepada Allah supaya memlihara sahabtnya itu daripada azab api neraka dan azab siksaan kubur.
“Insyaallah Zif, kita akan bertemu di sana kelak”..
-TAMAT-

Thursday, 18 August 2011


CERPEN: ‘BIARKAN AKU SENDIRIAN’


Tika aku sendirian, hanya menanti sinar itu kembali meresap ke dalam diri, siapakah aku?


“Shahid! apa yang kau tengah buat, ha? kau ingat kembali diri kau yang sebenar, kami sedia membantu apa yang terdaya, jangan biarkan diri kau terjunam ke dalam neraka!”
 Suara itu terus menekan diri Shahid, kelihatan dirinya tidak lagi terdaya, air matanya deras mengalir, dia kini bukan lagi seperti Shahid yang dulu, orangya periang, suka bermesra dan tidak kekok bergurau senda dengan rakan-rakan sekelilingnya, dia kini sedang menempah maut, berdiri di atas tembok bangunan di tengah-tengah pembangunan ibu kota yang semakin berubah semenjak pentadbiran negara bertukar kepimpinan. Kini, Shahid ingin menebus dosanya dengan membunuh diri!
*********************************************************************************
“Kau rasa kan Solihin, aku ni hensem tak? ramai tak perempuan suka kat aku?”.
Gurauan Shahid membuatkan suasana kelas yang agak sunyi dengan kekosongan pensyarah itu bertukar riuh rendah apabila Shahid cuba membangkitkan ruh ceria di dalam kelas itu. Gurauan mereka turut didengari sahabat yang sekelas yang lain.
“Alah, kau ni, kalau nak dibandingkan dengan aku, memang jauh beza la, aku lagi hensem kot!”
 Solihin cuba memprovokasi Shahid dengan ayat 'kot'. Mereka berdua sering bergurau, tetapi Shahid yang bertubuh kecil itu agak suka berceloteh sehinggakan rakan-rakan yang lain juga tidak jemu dengan celoteh Shahid.
Suasana bertukar sunyi, mereka mengulangkaji pelajaran bersama-sama, memandangkan study week sudah bermula, mereka semakin bersungguh-sungguh menelaah pelajaran sambil beralaskan laptop di depan mata, Kehidupan di Institut Pendidikan Guru di Bangi ini agak  muram sejak akhir-akhir ini tatkala perkhabaran berita kehilangan motor semakin berleluasa. Mereka dinasihatkan oleh pimpinan pelajar supaya berhati-hati dengan kehadiran 'mafia' licik yang berjaya mengaburi para pelajar dengan pelbagai taktik mencuri motor sehinggakan mereka juga tidak terkesan dengan kelicikan 'mafia' tersebut.
***************************************************************************
“Hahaha, kau ingat pimpinan pelajar boleh lawan aku ke?” kesemua motor tu aku berjaya seludup keluar IPG tanpa ada sorang pun tahu. Warguard pun aku dah upah untuk berkrompomi dengan aku! kalau wardguard tu bongkarkan rahsia aku, tak lama la umur dia!”
“ Hahahahaha,hihihihi,huhuhuhu.”
Suara garau itu jelas kedengaran dari jauh. Fauzi yang sedang pulang dari Masjid selepas selesai menunaikan solat fardu maghrib terkejut melihat reaksi seseorang di sebalik pohon besar di belakang asrama.
Fauzi dengan memberanikan diri bergerak ke hadapan sedikit demi sedikit, tiap-tiap langahnya dijaga dengan baik agar tidak didengari mafia tersebut. Tiba-tiba langkahan Fauzi terhenti.
 Kring! kring! “Ah, sudah!! “ keluh Fauzi. Handset di poket bajunya berdering kuat mematikan terus langkah Fauzi untuk 'mengenali' mafia yang sebenar.
“Oit, siapa tu?”.
 Suara mafia tersebut kedengaran.
“Aku la, hamba Allah”.
 Fauzi lantang bersuara seakan-akan tidak gentar dengan mafia tersebut.
“Kau ingat kau siapa ha nak mengintip aku? kau tak belajar agama ke? kau tak tau ke hukum orang yang mengintip ni apa?.”
 Mafia tersebut cuba berfalsafah. Fauzi yang berdiri betul-betul dibelakang pohon tersebut terdiam seketika. Mati akal dibuatnya.
“Kau ni siapa sebenarnya? kenapa kau curi motor kawan-kawan aku?”
 Suara Fauzi jelas serius, seakan-akan seekor harimau yang ingin menerkam mangsanya.
 “Eh, kau jangan main-main tuduh je! mana bukti kau aku curi motor budak IPG ni?”
Mafia tersebut cuba mempertahankan diri.
“Aku dengarlah semua ayat kau tadi! kau nak jual motor tu kan? kalau berani, tunjukkanlah muka kau sekarang!”.
 Rasa marah Fauzi semakin meluak-luak, terfikir Fauzi akan mangsa motor yang telah dicuri Mafia tersebut,kebanyakan motor tersebut berjenama LC. Apa yang menyedihkan, kebanyakan mangsa 'patah kaki' dan menyebabkan mereka sukar untuk bergerak mengerjakan dakwah dan tugas-tugas sebagai hamba Allah.
“Eh, jangan membebel boleh tak! kau ingat kau tu emak aku ke?”.
 Kau tak tahu fasal aku pun, jadi lebih baik kau senyap, kalau tak, tahulah nasib kau nanti' mafia tersebut cuba memprovokasi Fauzi. Badan Fauzi yang tinggi lampai itu kaku tidak bergerak. Matanya tidak boleh melihat Mafia tersebut yang bersembunyi disebalik pohon tersebut.
Fauzi tanpa berfikir panjang berlari ke arah pohon tersebut, lalu tanpa arah tujuan satu tendangan kuat dilepaskan ke arah perutnya.
“Kau ingat kau sorang je yang pandai silat ke?”
 Mafia tersebut seakan tahu bahawa Fauzi hebat dalam pencak silat, seakan kekuatan musuhnya telah dikaji lama.
“Tak guna! siapa kau sebenarnya?”
 Fauzi mengerang kesakitan.
 “Akulah hamba Allah”
 Nada selamba mafia tersebut membuatkan Fauzi semakin sakit hati kerana diperli sehebat itu.
***************************************************************************
Suasana di kelas haru biru dengan berita sensasi kehadiran Mafia di IPG. Kelihatan kesemua pelajar sibuk mendapatkan berita daripada Fauzi. Kehadiran 'mafia' benar-benar menjadi topik hangat di IPG ini sekaligus memadamkan terus keseriusan pelajar untuk menghadapi peperiksaan.
Jabatan perwakilan pelajar juga kerap kali bersidang untuk 'mencungkil' identiti Mafia yang sebenar. Mereka bertungkus lumus mencari identiti Mafia yang licik itu. Poster-poster juga sudah bertebaran di seluruh IPG yang mengatakan keseriusan terhadap aktiviti jenayah 'mafia' yang suka mencuri motorsikal. Mereka mengharapkan agar pelajar IPG lebih berhati-hati dalam meletakkan motorsikal mereka dan mengingatkan mereka supaya 'menggari' motorsikal mereka sehabis baik.
“Beh, kau jumpa Mafia tu ke semalam?”
 Fikri seakan serius menanyakan soalan itu kepada Fauzi.
 “Yela, takkan ana nak tipu enta kot”. Fauzi mengusik rakannya itu.
“Habis tu kau buat apa beh, kau tak guna silat kau yang hebat tu ke?”
Fikri sekan tidak percaya bahawa rakannya itu antara orang yang bertuah menemui 'mafia' yang diburu orang ramai itu.
“Aku dah cuba lawan, tapi tak sempat aku nak bertindak, dia dah tendang perut aku dulu, sakit perut aku kau tau!”
 Fauzi seakan geram dengan tindakan mafia tersebut ke atas dirinya, lalu disimpan dendam yang membara ke atas Mafia itu.
 “Abeh aku rasa kau terlupa sesuatu la”.
Fikri cuba menggertak fauzi.
 “Apa dia?”
 Fauzi seakan ghairah untuk mengetahui maksud tersirat Fikri.
“Kau lupa kirim salam kat mafia tu la beh”.Fikri tergelak keseorangan.
 “Nak kena budak kecik ni”.Fauzi tersenyum sendirian melayan karenah sahabatnya itu.
***************************************************************************
Di masjid Imam Syafie kelihatan 'mata-mata' sedang memerhatikan abang senior sedang berucap di masjid itu. Seorang demi seorang abang senior tampil ke hadapan sambil memberikan nasihat kepada adik junior mereka. Ucapan bertali arus mereka diselangi dengan nasihat terhadap pencuri motorsikal itu. Pelbagai hadis dan dalil dikeluarkan, malah tiada kutukan dan hinaan dilemparkan kepada si pencuri itu, mereka hanya memberikan nasihat supaya adik-adik junior dapat bersabar dengan ujian ini kerana ujian ini untuk hamba-hambanya yang beriman. Bagi abang senior, tugas sebagai daie adalah penyeru, bukan penghukum!
Abang Izzul  juga tidak ketinggalan untuk memberikan serba sedikit nasihat untuk adik-adiknya.
 “Hari ini, kita diuji dengan ujian yang berat tetapi tidaklah sehebat ujian yang diturunkan kepada nabi kita Muhammad, kita perlu kukuhkan hati kita menerima ujian dan dugaan ini dengan berlapang dada, mungkin juga ujian kehilangan motorsikal ini satu tarbiyah daripada Allah untuk antum dan antunna semua. Mungkin dengan kehilangan motorsikal ini mampu mendekatkan diri kita kepada Allah. Allah mahu kita kembali rapat dengannya. Jika dahulu dengan motorsikal ini telah melalaikan antum dan antunna semua, jadi dengan ujian ini mungkin juga satu cara Allah untuk mendekatkan dirinya kepada-Nya. Jangan lupa untuk memohon ampun dan doa kepadanya”. Abang Izzul memberi sedikit pengharapan kepada adik-adik junior mereka supaya mereka tidak gundah gelana. 
Di tingkat atas masjid tersebut 'mata-mata' tersebut terus menatap tepat ke arah senior-senior mereka. “Hahaha'hihihi,huhuhu..”
“Kau ingat kau buat ceramah macam tu, aku nak putus asa la ha? sori beb, ini mafia ok!' kelihatan pemuda yang berbaju merah duduk tingkat atas masjid tersebut mengomel sendirian. Ha, aku ada rancangan baru, baik punya! kau tunggu la JPP. hahaha,huhuhu,hihihi..kau berani kacau tugas aku, kau tanggung sendiri!”
***************************************************************************
“Anip, kau buat apa tu?”
 Shahid sibuk melihat Anip mendengar sesuatu di telinganya menggunakan earphone.
“Aku dengar lagu nasyid la”. Anip menjawab dengan selamba.
“E'eleh, tak main la lagu nasyid ni,  dengar la lagu inggeris, baru rock!”. shahid menuturkan idea kepada Anip.
 “Aku dengar ni lagu inggeris la, nah, cuba kau dengar!”.
 Anip meletakkan earphonenya ke telinga Shahid.
“Wei, mana kau dapat lagu ni? best la, siapa artis dia tu? aku tak kenal pun”. Shahid kehairanan.
 “Itulah artis terkenal masa kini, Maher Zain”. Anip berbicara lembut.
“ Apasal aku tak tahu pun?” Shahid meluahkan ketidakpuasan hatinya.
 “Sebab kau tak tanya”. Memang itulah lagu yang sering didengarkan Anip setiap pagi.
 Baginya lagu yang bertajuk The Chosen One itu benar -benar mengajak dirinya mengenali Rasulullah, ikutan umat islam, nabi penyuluh alam. Baginya lagu yang didendangkan oleh barat benar-benar tidak mampu mengajaknya kepada Allah, malah liriknya juga dengan jelas melalaikan dan tidak bermakna apa-apa. Sedangkan lagu yang dinyanyikan Maher Zain kelihatan baik pada susunan katanya dan mampu mengajak manusia mendekati yang esa. 
Baginya, dakwah itu bukan setakat berceramah sahaja, tetapi lebih luas lagi, mengeluarkan suara untuk berjihad, berblog, media massa, berkomik dan apa-apa sahaja yang mendatangkan kebaikan untuk umat islam juga dikategorikan sebagai dakwah.
***************************************************************************
Pagi keesokannya, kesemua pelajar gempar apabila 2 biji motorsikal milik abang Khomeini dan Akmaluddin Fauzi hilang secara serentak di masjid. Kedua-dua motor tersebut berjenama LC. JPP terus dipersalahkan oleh para pelajar kerana mereka tidak mampu menangkap mafia yang tidak berhati nurani itu. Pebagai surat layang datang secara mendadak kepada EXCO kepimpinan JPP, mengeji dan mengutuk tindakan mereka walhal mereka sudah berusaha keras melakukan tugasan itu. Namun, Allah menguji mereka dengan ujian yang berat, krebiliti mereka seakan tergugat, malah pelajar juga tidak mempercayai mereka lagi.
Lebih buruk lagi, Mafia telah mengaburi mata para pelajar supaya membenci JPP dengan pelbagai poster disebarkan kepada para pelajar tentang fitnah ke atas barisan sof JPP. 
***************************************************************************
“Kau tahu tak, Shahid tu dah disyaki sebagai mafia yang diburu tu” jelas Firdaus kepada Solihin.
 “Eh, betul ke? aku tak percayalah, mana kau dapat tahu semua berita ni?” Solihin seakan-akan tidak sabar untuk mendapatkan jawapan daripada firdaus.
 “Semalam, ada orang beritahu, masa kita kumpul dekat dataran depan Dewan Nik Muhyiddin Musa sempena minggu palestin, ada orang nampak dia mundar mandir dekat kawasan motorsikal tu”. Firdaus mengemukakan jawapan kepada Solihin.
 “Ah, aku tak percayalah! dia sahabat aku yang paling rapat sekali, aku dah kenal dia sangat, dia takkan buat macam tu punya”. Solihin mempertahankan Shahid.
 “Kau tak percaya sudahlah”. Firdaus seakan melepaskan geram.
 “Kita tunggu bukti dulu”. Solihin membalas.
***************************************************************************
 Shahid kini disyaki sebagai mafia yang dicari. Di sana sini heboh mengatakan bahawa beliau adalah penjenayah yang disyaki, dunianya kian berubah,sahabat sekelasnya juga seakan tidak mempercayai kewujudannya lagi. Dia benar-benar terhimpit. Kehidupannya jauh berubah, dia semakin murung, sahabatnya memulaukannya walhal tiada bukti yang mengatakan dia benar-benar mafia tersebut.  Dia kini bersendirian ibarat terhimpit di penjara majusi. Segala tindak tanduknya diperhatikan orang sekeliling. Namanya kian buruk, lebih buruk lagi, dia juga mendapat surat layang daripada orang yang tidak berpuas hati dengannya agar berterus terang bahawa dia adalah mafia tersebut. Malah, ada yang menulis surat supaya dia mengganti rugi motorsikal yang telah dicurinya.
Shahid, kau tak apa-apa ke ni?” Solihin datang merapati tubuh Shahid.
“Aku tak apa-apalah Solihin, aku nak tanya kau boleh?” Shahid memulakan perbualan.
 “Seribu soalan pun tak apa”. Solihin bercanda.
 “Kenapa kau tak pulaukan aku macam kawan-kawan lain pulaukan aku?” Shahid meminta jawapan.
 “Aku tak ada hak nak menghukum seseorang Shahid, kau ingat lagi janji kita dulu tak? aku berjanji pada kau takkan biarkan kau bersendirian, kalau kau jatuh ke neraka sekalipun, aku akan cuba papah kau kembali biar akhirnya kita memimpin tangan ke syurga”. Solihin sekan cuba untuk membawa shahid mengenang kembali perjanjian mereka sewaktu dahulu.
 “Kenapa kau baik sangat dengan aku?” Shahid cuba menguji Solihin.
 “Shahid, yang dinamakan sahabat itu apabila dia bersama-sama kita sewaktu senang dan susah, waktu sihat dan sakit, kalau sahabat sewaktu senang sahaja, itu bukan sahabat namanya, itu lawan!” lembut Solihin berbicara.
“Solihin, kau tau tak, kau sorang je sahabat aku yang betul-betul percayakan aku, waktu aku susah kau ada kat sisi, kau tiupkan semangat aku kembali”. linangan air mata membasahi pipi shahid seakan dia tidak percaya bahawa masih ada lagi insan yang benar-benar mempercayai dan menghargai dirinya.
 “Sudahlah tu Shahid, aku pun manusia biasa juga, kita sama-sama nasihat menasihati, bukankah Allah menyuruh kita berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan?” Shahid mengganguk tanda setuju. Mereka berbual agak lama di perkarangan masjid sambil bertemankan bulan yang menerangi malam.
***************************************************************************
Kelihatan polis semakin ramai mengerumungi bangunan itu. bomba juga sudah bersiap sedia di bawah bangunan mengawal keadaan sekiranya berlaku apa-apa tragedi. Di atas bangunan itu terdapat seorang pemuda sedang bertempur dengan maut.
“Shahid, Kenapa dengan kau ni?” teriak Solihin kepada sahabatnya itu.
 “Aku dah putus asa Solihin!” Shahid menjerit sekuat hati.
 “Kau jangan biarkan hidup kau tu dicampakkan ke dalam api neraka wahai sahabatku!” Solihin cuba menenangkan Shahid.
 “Kenapa kau buat macam ni?” Solihin cuba mengawal keadaan.
 “Aku dah tak ada sapa-sapa lagi kat dunia ni, kau dah lupakan janji kau dulu! kau biarkan aku sendirian!” Shahid meluahkan rasa kesalnya kepada Solihin.
 “Ya sahabatku, aku tidak pernah melupakan engkau sebagai sahabatku, tiap kali kau ditimpa masalah, aku juga terasa kesakitannya juga. Kau ibarat nyawaku juga, setiap kali aku solat, aku tidak pernah sesekalipun lupakan nama kau dalam doa aku”. Air mata solihin berlinangan mengenangkan kembali detik-detik manisnya bersama Shahid.
Shahid terkedu mendengar jawapan sahabatnya itu. Dia cuba bergerak kembali ke hadapan sedikit demi sedikit, namun atas kecuaiannya, kakinya tergelincir. Lalu Solihin dengan perasaan tekejut bercampur risau berlari ke arah Shahid.
Shaaaaaaaaaaahiiiiiiiiiiiiiiiddddddddddddd.....!!!!!!!!!!!!!!', sepantas kilat Solihin berlari ke arah Shahid lalu beliau merebahkan badannya dan sempat juga menangkap tangan Shahid daripada terjatuh daripada bangunan.
Kau dah gila ke, ha?” Solihin melepaskan geram.
“Aku mintak maaf Solihin”. Wajah kesal jelas terpampang pada wajah Shahid, lalu Solihin menarik tangan Shahid ke atas permukaan bangunan.
“u..u..h..i..” . Shahid tergagap untuk mengatakan sesuatu kepada Solihin.
“ Apa dia Shahid?” Solihin berbicara lembut.
“Uhibbukafillah ya solihin”. Shahid meluahkan perasaannya kepada Solihin.
 Solihin tergamam, tidak disangka-sangka sahabatnya akan menyebut perkataan itu, suasana berubah menjadi tenang seketika.
“Uhibbukafillah aidon” Solihin berbicara.
 Air mata ego Shahid selama ini berguguran, jelas terpancar pada wajahnya kegembiraan yang tidak terkira.
***************************************************************************
“Ya Allah, sudah pukul berapa ni? astagfirullah dah pukul 6.30, aku dah lewat pergi kelas ni”.Shahid terbangun daripada mimpi yang panjang.
 Tanpa berlengah masa, dia bersujud syukur pada tuhan yang esa kerana membenarkannya hidup lagi di dunia ini, dia juga bersyukur kerana dikurniakan sahabat  sebaik Solihin walaupun dia tidak pernah menghargai Solihin seadanya.
“Ya Allah sekiranya aku tidak mampu menjadi sahabat yang baik kepada Solihin, kau ampunilah dosaku, kau berikanlah kebahagiaan di dunia dan di akhirat kepada sahabatku itu, kau kurniakanlah dia sahabat yang lebih baik kepadanya. terima kasih kerana memberikan aku petunjuk Ya Allah!!!!!!!!!'. shahid berdoa dengan khusyuk sekali sehingga dia sendiri tidak perasaan sejadah yang disujudnya dibasahi air matanya.
Lalu dia mencapai handphonenya dan menulis mesej kepada Solihin..”terima kasih Solihin kerana menjadi sahabat aku” :-) ..

TAMAT..........................................




Wednesday, 17 August 2011

Ukhwah itu manis seperti tebu

Ukhwah itu manis jika didasari dengan hubungan kerana Allah, berapa ramai manusia yang mempunyai nikmat ukhwah tetapi tidak menghargainya? berapa ramai manusia yang mempunyai nikmat kemanisan iman tetapi membiarkan ia berlalu pergi seolaا-olah debu tanah yang ditiup angin kencang?

Hari ini saya bukan mahu berbicara tentang ukhwah tetapi saya mahu berbicara tentang  seorang sahabat saya. Dia bukanlah seorang sahabat yang terlalu rapat dengan saya tetapi pada dirinya ada kelainan yang mungkin tidak ada pada sahabat-sahabat saya yang lain..



                                                                 Akmal berada di sebelah kiri


CERITA TENTANG AKMAL


5 hari lepas saya telah berpeluang berjalan-jalan ke rumah Akmal di negeri Johor Darul Takzim, Akmal tinggal di kawasan 'Rengit' satu kawasan perkampungan yang agak menarik kerana kawasan muka buminya yang ditumbuhi  pelbagai tumbuhan hijau.

Satu masa lalu, saya pernah bertanya secara main-main dengan Akmal, saya katakan padanya saya mahu jalan-jalan ke rumahnya tetapi yang agak mengejutnya Akmal tidak pernah mengatakan perkataan 'tidak boleh' malah dengan spontan dia mengatakan 'boleh'.

Minggu lepas, saya tanya padanya lagi, " Mal, bila boleh bawa aku pergi rumah ko". Akmal kata dia nak balik minggu ni dan kalau nak ikut, boleh saja..". Ya, akhirnya saya berpeluang juga pergi ke rumah Akmal di negeri Johor dan inilah pertama kali saya  menjejakkan kaki di bumi Johor. Pelik bukan? Mungkin ramai sahabat yang sudah berpuluh-puluh kali ke negeri Johor tetapi bagi saya yang tidak pernah merasakan makan angin seperti itu, inilah pertama kali saya bertandang ke negeri Johor dengan niat untuk mengenal 'negeri orang lain' dan berukhwah dengan Akmal.


Apabila saya sampai sahaja di rumah Akmal, dia sudah ajarkan saya macam-macam perkara, belum lagi sempat memasuki rumah Akmal, saya sudah ke belakang rumah nenek Akmal (kalau dalam bahasa jawa embah), Akmal ingin memetik buah rambutan untuk diberikan kepada 2 orang lagi sahabat saya yang sama-sama menaiki satu kereta ke negeri Johor iaitu Zack dan Afiq yang mahu pulang ke Pontian.

Banyak sungguh buah rambutan di kawasan rumah Akmal, kalau diikuttkan hati mahu sahaja saya memetik kesemua buah rambutan yang sudah masak itu tetapi apakan daya, buah rambutannya tinggi-tinggi dan buah rambutan itu bukan pula milik saya. Uniknya, bila sahaja sampai di rumah Akmal, saya seolah-olah terpaksa mendengar semula bahasa jawa yang sudah lama saya tidak dengar kerana Akmal dan keluarganya sangat sinonim dengan bahasa jawa.


Malam itu, Akmal mengajak saya bertarawih di masjid yang paling dekat dengan rumahnya, dengan memandu kereta kancil yang dibawa Akmal walaupun ketakutan kerana dasyatnya beliau memandu, saya dapat juga memasuki masjid itu dan kebetulan pula malam itu ayah Akmal yang menjadi Imam, manalah tahu lepas ni boleh tengok Akmal jadi imam besar kat masjid tu. betol tak Mal? hehe..

Ibu dan Ayah Akmal peramah orangnya, kadang-kala melihat peramahnya ayah dan ibu Akmal membuatkan saya tersentuh, akmal pula manja orangnya, maklum sahajalah, Akmal seorang sahaja anak lelaki dalam keluarga beliau. Sewaktu berbuka , banyak juga juadah yang telah dibeli ayah akmal, Hati terasa bersalah jika tidak menghabiskan makanan yang telah ibu dan ayah Akmal sediakan.



Satu perkara yang saya tidak dapat lupakan, Akmal banyak mengajar saya erti seorang budak kampung. Ya, saya sudah lama tidak melalui zaman budak kampung kerana suasana kampung saya sudah berubah pembangunanya dan sudah terasa kehilangan 'suasana kampung'. Apabila sampai di rumah Akmal, banyak perkara yang Akmal ajarkan kepada saya. Akmal pandai memanjat pokok, walaupun tinggi, dia tidak terasa takut dan gayat, Akmal juga mengajarkan saya cara memetik buah manggis jika tikak mahu buah manggis terebut 'lebam dan rosak'. Ya, Akmal banyak mengajar saya erti kerajinan dan erti kehidupan oang kampung.


Akmal juga sempat membawa saya berjalan-jalan ke gudang kerepek yang agak terkenal di negeri Johor yang tidak jauh daripada rumahnya. Ya, begitu banyak kerepek yang dijual di gudang tersebut juga begitu banyak kerepek yang dijual di serata negeri Johor hinggakan orang Singapura dan Kuala Lumpur juga ramai yang turun ke gudang tersebut semata-mata mahu membeli kerepek yang agak berpatutan harganya. Akmal juga banyak 'memborong' kerepek bukan untuk dia tetapi untuk sahabat-sahabat yang lain juga.


Akmal juga sempat mengajak saya ke perpustakaan berdekatan  rumahnya, mungkin kami ke sana sekadar mahu melihat sahaja perpustakaan tersebut dan hanya sempat menyentuh beberapa buah buku sahaja untuk dibaca. Uniknya walaupun di kawasan perkampungan, perpustakaan juga masih 'wujud' sedangkan di kampung saya yang agak maju agak sukar melihat perpustakaan.


Akmal juga membawa saya ke masjik rengit untuk menunaikan solat fardu isyak dan juga solat tarawih. Saya tidak meminta untuk ke masjid ini tetapi Akmal sanggup membawa saya ke masjid ini. Alhamdulillah, dapat juga merasa menunaikan solat di beberapa buah masjid sewaktu berada di rumah Akmal.

Saya merasakan satu pengalaman yang amat bermakna sewaktu mengembara ke negeri Johor, satu pengalaman yang sukar saya lupakan, saya masih teringat dengan budaya masyarakat jawa di sini, teringat pula saya sewaktu di kampung, walaupun saya tidak mahir bahasa jawa, tetapi saya suka mendengar mereka bertutur bahasa jawa. Sungguh, itu mengingatkan saya kepada suasana di kampung saya. Akmal juga boleh 'mentranslatekan bahasa jawa' kepada saya jika ada daripada bahasa jawa tersebut yang saya tidak faham maknanya terutamanya sewaktu berada di Bazar, ramai antara mereka yang bertutur bahasa jawa, jadi Akmal yang menjadi 'translate' saya.


Hari terakhir adalah hari yang paling menyedihkan buat diri saya seolah-olah mahu sahaja saya mengulang waktu untuk bersama-sama dengan Akmal. Ya, keluarga Akmal cukup peramah termasuklah embah (nenek)  kepada Akmal. Saya sangat terharu dengan sikap peramah nenek Akmal, nenek Akmal sangat rajin, walaupun saya bukan cucunya tetapi embah sudah melayan saya seperti cucunya sendiri. Jika dikenangkan semula, mahu sahaja air mata ini mengalir. Insyallah, kenangan ini tidak akan saya lupa. Saya juga teringat sikap peramah ibu Akmal, sewaktu hendak pulang ke maktab semula, ibu Akmal menyediakan saya makanan  untuk berbuka puasa. Sungguh banyak dan makanan tersebut sungguh sedap seolah-olah ibu akmal tahu makanan kegemaran saya. Ada masak asam pedas, ada buah cempedak. Ya, saya terkesan dengan keluarga mereka.


 Akmal dengan saya sudah bersahabat selama setahun setengah, walaupun berlainan kelas dengan Akmal, itu tidak menjadikan hubungan kami renggang, malah dengan perjalanan ke rumahnya sahaja sudah membuatkan saya semakin rapat dengan Akmal, Benarlah kata umar al-khatob, apabila mahu melihat siapa sahabat kita, eloklah kita bermusafir bersama-sama sahabat kita. Sepanjang saya bersama-sama dengan Akmal selama 3 hari 2 malam di rumahnya, saya akui Akmal memang seorang yang rajin dan baik akhlaknya. Akmal sangat manja dengan ibunya malah dengan adik-adiknya juga Akmal merupakan seorang abang yang penyayang dan seorang adik yang mengambil berat kepada kakaknya. Hari ini bila sahaja pulang ke maktab, bila saya berjauhan dengan Akmal saya terasa rindu kepadanya, mungkin terkesan dengan peramahnya sikap Akmal kepada saya dan mungkin juga sahabat-sahabat yang lain merasai apa yang saya rasakan.

Kepada Akmal, sahabatmu ini memohon maaf banyak-banyak jika sewaktu di rumah dulu ada kesalahan yang dilakukan dan ada perkara-perkara yang menyusahkan dirimu. Terima kasih kerana sudi menjemput ke rumahmu..insyaallah, sahabatmu ini akan menghargai persahabatan kita hingga ke akhirnya. Janji padaku, jangan biarkan aku sendirian jika aku jatuh ke jurang neraka, bantulah aku semula untuk bangkit jika aku jatuh. Uhibbbuka fillah mal..mungkin ini sahaja coretan kisah kita yang mampu aku nukilkan..terima kasih banyak-banyak mal..

Thursday, 4 August 2011

Mari belajar Teknologi Maklumat


Alhamdulillah, syukur kepada Allah, kita masih lagi dihidupkan dan di beri 'kasih sayang' dari-Nya.
Hari ini abang ingin memberitahu serba sedikit tentang kebaikan 'ber-teknologi maklumat'.

Insyaallah, pada usrah akan datang abang akan dedahkan serba sedikit mengenai teknologi maklumat.
Sama ada FACEBOK, BLOG ataupun cara untuk membuat powerpoint dan Kerja Kursus Pendek.

Abang tahu, ramai antara adik-adik abang kekurangan 'mengenali' perkara-perkara yang abang sebutkan ni..
untuk itu, abang dan abang akmal ingin mengambil sedikit inisiatif untuk membuat satu program 'ala-ala kursus'  ketika usrah nanti.

Insyaallah, mari kita usahakan diri untuk menguasai 'dunia teknologi maklumat' untuk manfaat islam itu sendiri.
Jika tidak, mungkin kita akan kerugian besar kerana sebagai seorang guru,  teknologi maklumat amat penting untuk 'melawan' semula kejahilan.
Fikir-fikirkan maksud tersiratnya...

Monday, 1 August 2011

Jenaka si adib



Semalam adib chat dengan abang dalam FACEBOOK...
Katanya nak datang bilik abang, nak 'melepak' dengan abang..
Abang okey je..

Setengah jam kemudian, adib betul-betul datang..
datang pergi ke netbook abang, terus buka facebook..
abang tak sempat nak melayan adib, mata berat sungguh..
walaupun jam masih belum tepat pukul 12 malam,
tetapi mata 'mengalami gangguan serius'..

Abang tertidur hingga ke sahur...
Malam tu nur faiz pinjam motor abang..
tapi abang tak sempat nak tengok, rupa-rupanya kunci dah dipulangkan.
rummate abang kejutkan abang sahur..
abang terkejut..
tengok adib ada kat bawah, lena tidur..
Ya Allah,,

ingatkan  adib dah balik bilik, rupanya masih di bilik abang..
La............
Tak sanggup abang tengok adib tidur tanpa bantal. Sudahlah beralaskan simen..
Pedih mata melihat adik abang ni...
Sebagai balasan..
Abang sahur bersama adib..
walaupun hanya makan beberapa keping roti..
Nampaknya adib terasa 'kekenyangannya'..
Adib2...

Dengar kata daripada rummate abang, adib tidur pukul 2 pagi?
betol ke?
main facebook eh?
:-)

Terima kasih kepada nasrul dan sirajul bilad


Apa kabar adik-adik abang semua? sihat?
macam mana bulan ramadan?
ada perubahan pada diri?
atau kekal dengan sikap lama?

sebelum terlambat, abang nak ucapkan selamat menyambut bulan ramadan,
harap-harap ramadan tahun ini lebih baik dan lebih cemerlang daripada bulan ramadan sebelumnya..
Sebelum menjelang hari pertama bulan ramadan, abang dapat 'kunjungan' daripada nasrul..
tiba-tiba petang tu handphone abang berbunyi..
abang baru nak turun tangga nak pergi masjid untuk solat maghrib..
Nasrul telefon abang suruh pergi bilik kawan dia. Katanya nak belanja makan..

Abang pun tak sangguplah nak hampakan harapan adik abang ni ( hehe)
abang turun pergilah bilik nasrul, tengok-tengok tak ada orang..
lepas tu nasrul panggi dari jauh nama abang..
abang iwan!!!!!!!!!!!!
abang pandang sana nampak la muka nasrul...
rupanya Nasrul dekat bilik kawan dye, Afnan..
masuk bilik afnan, nampak kemas..
lepas tu nasrul ajak abang makan makanan yang di bawa dari rumah..

Tak sangka rasanya dapat merasa rendang melaka..
Belum lagi masuk hari pertama ramadan apatah lagi bulan syawal..
tapi dah dapat merasa nikmatnya makan rendang..
Ya Allah..baik hatinya adik abang ni..
Terima kasih Nasrul sebab sudi ajak abang..

petang tu abang bawa sirajul pergi cari jaket..
sirajul pun belanja abang nasi bungkus...
tak ada apa-apa yg mampu abang ucapkan..
moga-moga allah balas jasa baik adik abang ni..

terima kasih semua...:-)