UKHWAH FILLAH

"Setiap hari si rusa akan bangun pagi dan kemudian berlari dan terus berlari, si rusa takut jika dia tidak berlari dia akan dibaham harimau dan mati sia-sia, begitu juga dengan si harimau, setiap hari si harimau akan bangun awal pagi dan kemudian akan berlari dan terus berlari, si harimau tahu jika dia tidak berlari, dia akan alpa dan akan mati kelaparan kerana tidak dapat makan si rusa"- Jadikan hidupmu sentiasa dalam persaingan-

Saturday, 30 July 2011

Coret-coret Kenangan lalu


Abang masih ingat lagi, waktu kita mula-mula berusrah dulu..
waktu tu abang tengok satu persatu muka anak usrah abang...
apa yang ada dalam fikiran abang waktu tu, abang anggap ahli usrah ni semua hebat-hebat belaka..

Waktu dibahagikan nama untuk anak usrah, abang sebenarnya naqib untuk kumpulan lain,
Tapi waktu tu abang akmal kata kat abang, suruh tukar naqib dengan dia,biar satu group usrah..
waktu tu abang akmal telefon abang hafizudin, dia minta abang 'partner' dengan dia untuk usrah..
Mula-mula jawapan yang diterima tidak memuaskan..
Akhirnya untuk last minute, abang dapat lah sama-sama dgn abg akmal dalam  satu group usrah..

Hikmahnya?
abang dapat jumpa ahli usrah yang hebat macam adik2 abang ni..
kalau tak, dah lama abang tak dapat seusrah dengan kamu semua..
Tapi alhamdulillah, percaturan Allah sangat cantik,
Allah bagi peluang kat abang untuk bertemu dengan adik-adik abang ni..

Seronok?
tentulah seronok, sampai sekarang abang bersyukur dapat jadi naqib dengan kumpulan usrah ni..
tak ada satu perasaan terkilan pun..
apatah lagi kecewa..

Waktu MPPB, abang tak kenal pun adik2 abang ni...
tapi lepas berusrah, abang dah boleh faham cikit2 adik2 abang ni...
insyallah, pada masa akan datang, abang harap usrah kita bukan sekadar mengenal nama sahaja..
Abang harap kita semua dapat memahami antara satu sama lain..
saling tolong menolong..
paling penting jika ada sahabat yang memerlukan pertolongan, jangan lupa untuk hulurkan bantuan..
Moga2 Allah membalas pertolongan kita itu dengan balasan syurga..

No comments:

Post a Comment