Bila nak balik ke kampung ni untuk bercuti raya, tiba-tiba datang perasaan sedih, siapa sangka perasaan tu datang secara semula jadi tanpa diminta..
Akmal
Mungkin Akmal salah satu sahabat yang dikurniakan Allah yang perlu dihargai. Ya, saya juga tidak sangka dapat berjumpa dan bersahabat dengan Akmal. Dahulu, saya sering berjanji pada diri, apabila mahu bersahabat dengan seseorang, biarlah bersahabat hingga ke syurga, hingga dapat menembus pintu syurga kelak.
Kini, janji itu saya usahakan bina bersama Akmal..
Kini, saya mahu pulang ke kampung masing-masing, Akmal akan pulang ke Johor dan saya akan pulang ke Klang. Walaupun saya akan bercuti selama 9 hari, tetapi saya sangat rasa sedih, tiba-tiba rasa rindu kepada Akmal.
Mungkin ukhwah yang dibina sudah ada kesannya. Saya takut dan selalu berfikir, apabila cuti ini tiba dan saya berpisah sementara dengan Akmal, saya bimbang saya tidak dapat berjumpa dengan Akmal lagi, saya juga takut jika saya mati kelak, apakah saya dapat berjumpa Akmal lagi. Ya, pelbagai andaian lagi wujud dalam pemikiran.
Akmal sempoi orangnya sedangkan saya serius dan tidak suka bercakap banyak. Tadi, saya mimpi Akmal lagi. Saya mimpi saya berada di rumahnya bersama-sama ibu dan ayahnya. Mungkin saya rindu suasana di rumahnya sehingga terbawa-bawa dalam mimpi. Subhanallah..
Apabila seseorang anak adam itu dimasukkan ke dalam syurga, maka dia akan terlupa segala penderitaannya begitu juga apabila dia dimasukkan ke dalam neraka, maka dia tidak akan teringat akan kebahagiaannya di dunia. Kita akan lupa segalanya termasuk segala pertemuan kita di dunia..
Saya sangat menyayangi Akmal, kadang-kala apabila saya merasakan tekanan yang hebat datang secara tiba-tiba, saya datang ke bilik Akmal. Saya suka duduk bersembang dengannya. Hati saya jadi tenang. Akmal dapat menggembirakan hati saya. Dalam sekelip mata sahaja segala tekanan hilang sekelip mata.
Saya bersyukur dipertemukan sahabat seperti Akmal. Dia jiwa saya, saya akan mersai sakit bila dia terasa sakit. Saya akan jadi bimbang bila tidak bertemu dengannya atau bersms dengannya. Cantik sungguh perancangan Allah. Manusia perlu saling melengkapi. Saya tidak pandai berjenaka tetapi Akmal pandai. Bila saya tertekan, Akmal orang yang dapat menghiburkan saya. Bila saya rasa hendak bermanja-manja dengan Akmal, saya datang cari dia.
Akmal tidak pernah marah jika saya datang ke biliknya. Kadang-kala saya yang tertidur di katilnya tetapi dia tidak pernah marah. Saya suka bermanja-manja dengan Akmal. Mungkin dia sahabat yang memahami. Kadang-kala saya SMS Akmal,saya sayang dia. Dia tidak pernah rasa marah dan jijik dengan perkataan yang saya ucapkan. Kadang-kala Akmal pula yang ungkapkan perkataan uhibbukafillah. Saya sangat menghargai Akmal.
Saya juga sering terfikir apabila saya sudah naik semester nanti, belum tentu saya dapat berjumpa kerap dengannya. Akmal mungkin sudah ada rumah bersama sahabat-sahabatnya yang lain, saya pula terpaksa duduk berjauhan dengan Akmal. Pada masa akan datang juga, saya juga terpaksa berpisah dengannya kerana kami bakal menjadi guru tetap kelak.
Saya mungkin sedih ketika itu, mungkin berbaki 4 tahun lagi, saya dapat berjumpa dengan Akmal, selebihnya saya serahkan kepada Allah kerana DIA sebaik-baik perancang.
Buat sahabatku Akmal, Uhibbukafillah...
di alam ruh, manusia telah dipertemukan lagi,dan kini mereka dipertemukan di dunia. berapa billion manusia di dunia ini tetapi kita ditakdirkan bertemu dengan beberapa org sahaja di dunia ini. bersyukurlah sekiranya mendapat sahabat yang baik..
ReplyDelete