UKHWAH FILLAH

"Setiap hari si rusa akan bangun pagi dan kemudian berlari dan terus berlari, si rusa takut jika dia tidak berlari dia akan dibaham harimau dan mati sia-sia, begitu juga dengan si harimau, setiap hari si harimau akan bangun awal pagi dan kemudian akan berlari dan terus berlari, si harimau tahu jika dia tidak berlari, dia akan alpa dan akan mati kelaparan kerana tidak dapat makan si rusa"- Jadikan hidupmu sentiasa dalam persaingan-

Thursday, 8 September 2011

Khat Akmal


Salam semua..
Hari ini jom kita lihat hasil khat akmaluddin bin Mohd fauzi..
Khat ni ditampal di dinding bilik Akmal..
Sempat jugalah ambil gambar...
Kalau nak yang tulen punya, bolehlah datang bilik Akmal..
A229...

Boleh tahan la tulisan khatnya..
Cantik dan berseni..
Harap-harap la satu hari nanti boleh belajar khat..
rasa rugi jika tak kuasai ilmu khat ni..


Benar, apabila kita mengingati Allah, hati manusia itu akan menjadi tenang, inilah yang diajarkan nabi kita yang disayangi, Muhammad s.a.w..Apabila mengalami masalah, jangan lupa kembali kepadanya kerana Dia-lah yang memberikan kita masalah tersebut dan kepada-Nya jua jalan untuk kita keluar dalam menghadapi sesuatu masalah.


Malam lailatul qodar pun dah lepas, mungkin ada antara kita yang telah bertemu dengan malam ini. Mungkin...
Maka, beruntunglah mereka yang telah bertemu dengan malam yang lebih baik daripada seribu bulan ini..
Alhamdulillah..


Ya Akmal, tahniah kerana telah menggunakan nikmat Allah ini dengan sebaik-baiknya. InsyaAllah, jika disoal kelak oleh pencipta Kita, maka nikmat yang diberikan ini telah digunakan dengan sebaik-baiknya..
Khat juga boleh digunakan untuk tujuan dakwah...
Mungkin inspirasi seni khat sudah menebal dalam jiwa Akmal...
Tetapi agak malang di sini, bagi manusia yang telah Allah kurniakan nikmat kepadanya dia tidak bersyukur malah menjadi kufur dengan nikmt-Nya.


Seni khat memerlukan kesenian..
Setiap kali cuba menulis setiap huruf, kita memerlukan ketelitian yang sangat baik untuk menghasilkan khat yang terbaik!
Mungkin banyak juga perkara yang kita akan peroleh sekiranya kita benar-benar menghayati seni khat ini ketika melakukannya sendiri.
Ketelitian, kesenian dan juga keseronokan.
Betul tak Mal?


Tetapi, jangan lupa, setiap daripada manusia itu diberikan kelebihan masing-masing cumanya kita sahaja yang perlu mencari apa kelebihan diri kita, kita kena ada usaha untuk mencari kelebihan diri kita. Ada yang Allah kurniakan kepada kita keistimewaan yang tiada pada orang lain..Percayalah, Allah maha adil..
Ada manusia yang Allah anugerahkannya kehebatan berkata-kata, setiap kata-katanya berjaya menambat hati orang lain,
Ada manusia yang Allah kurniakan kepadanya kekuatan menghafaz, Allah naikkan darjatnya menjadi imam di masjid-masjid besar..
Ada manusia yang tidak mahu belajar, tetapi hebat dari segi kemahiran teknikal, maka dia menggunakan kelebihannya untuk islam yang tercinta..
Anda juga begitu..hayati dan fahami diri anda yang sebenar..


Buat Akmal, kalau ada masa, tuliskan Nama aku eh mal..
Buat khat, aku nak simpan..
nak buat kenangan,
Nanti manalah tau, bila dah terkenal tulisan khat ko kat serata dunia,
Aku bolehlah berbangga,
sebab aku simpan tulisan khat ko Mal.
Kalau Allah nak naikkan darjat seseorang, Allah letakkan orang tersebut di tempat tertinggi..

No comments:

Post a Comment