UKHWAH FILLAH

"Setiap hari si rusa akan bangun pagi dan kemudian berlari dan terus berlari, si rusa takut jika dia tidak berlari dia akan dibaham harimau dan mati sia-sia, begitu juga dengan si harimau, setiap hari si harimau akan bangun awal pagi dan kemudian akan berlari dan terus berlari, si harimau tahu jika dia tidak berlari, dia akan alpa dan akan mati kelaparan kerana tidak dapat makan si rusa"- Jadikan hidupmu sentiasa dalam persaingan-

Monday, 5 September 2011

"10 hari tempoh mematangkan diri"


Salam takziah diucapkan kepada ahli usrah sultan muhammad al-fateh kerana telah terpilih untuk mewakili IPG KPI ke 'pentas kemerdekaan' untuk tahun ini.

Mungkin ucapan takziah itu terlalu berat untuk diungkapkan tetapi jika kita mengambil ibrah daripada bulan kemerdekaan ini terutamanya niat kita, kita akan dapat sesuatu yang lebih bermakna.

Tidak percaya? Ada perkara itu kita nampak baik tetapi sebenarnya buruk bagi kita dan ada perkara itu nampak buruk tetapi sebenarnya baik bagi kita.

Apa yang abang dapat sewaktu bulan kemerdekaan selama 10 hari pada tahun lepas? Nak tahu?
Ya, sudah tentu sesuatu yang istimewa yang abang tidak pernah dapat sebelum ini iaitu ukhwah.

Waktu semester 1 ini. Ukhwah antara batch dan ahli kelas kebiasaannya belum benar-benar mantap, tetapi bila ada program yang melibatkan kita berkumpul, bermusafir, makan bersama-sama, kita akan dapat ukhwah yang mantap.

Tidak percaya? Itulah yang dilalui abang dan rakan-rakan yang lain. Jika sebelum ini di maktab, kita hanya duduk dengan rummate, tetapi di sana satu apartment lebih kurang 9-10 orang. Ukhwah akan terbina dengan baik sepanjang 10 hari tersebut. Umar pernah berkata, jika kita bersahabat, kita perlu bermusafir, makan bersama-sama dan tidur bersama-sama.

Lebih-lebih lagi jika kita duduk sekelas, banyak perkara yang kita akan belajar dengan sahabat kita. Jika sebelum ini kita tidak tahu perangai sahabat kita, tetapi selepas duduk sebilik dalam tempoh yang panjang sebegini, kita akan dapat melihat perwatakan sahabat kita tersebut.

Di sana juga, banyak dugaan yang akan kita lalui terutamanya pelajar IPG KPI sendiri. Kita berada di atas 'title' islam, jadi sewajarnya title islam itu akan menjadi 'serangan' pihak-pihak tertentu untuk memburukkan imej IPG KPI sama ada datang daripada warga IPG KPI itu sendiri ataupun pihak luar. Di sana juga anda akan berhadapan dengan dugaan 'shock culture'.

Jika sebelum ini di dalam IPG KPI anda boleh merasai biah solehah dan agak sukar untuk melihat pergaulan bebas tetapi di sana anda jangan terkejut jika melihat lelaki dan wanita bertepuk tampar antara satu sama lain. Di sana juga solat anda tidak dijaga oleh pihak yang terbabit. Anda perlu menjaga solat anda sendiri.

Abang berharap sangat adik-adik abang ini dapat menjaga solat, menjaga ikhtilat dan paling penting menjaga iman masing-masing. Elakkan daripada memalukan diri dan mencemarkan nama baik IPG KPI. Paling penting, jika ada kesempatan, sebarkan islam kepada sahabat-sahabat se-IPG yang lain. Mereka 'mungkin' akan melihat keindahan islam jika kita benar-benar bersungguh-sungguh memahamkan mereka tentang agama ini. Jika tidak kita siapa lagi?

Ambil peluang ini wahai adik-adikku..

Peluang menyebarkan islam berada di tangan anda semua...

Abang bagi contoh..Faiz zakaria,misalannya, ada daya tarikan daripada segi paras rupa. Jadi, gunakan kelebihan tersebut untuk berdamping dengan orang lain dan menyebarkan agama Allah ini.

Adib, ada kelebihan teknologi. Handset canggih boleh digunakan untuk menyebarkan islam.Bagaimana? Tangkap gambar bersama-sama mereka sekurang-kurangnya mereka rasa dihargai. Boleh kan?

Dan juga ahli usrah yang lain...

Apa-apapun, abang ucapkan syabas dan takziah. Teruskan misi ini selama 10 hari dan abang harap anda semua dapat sesuatu di sana. Paling penting betulkan niat. Jika niat kita awal-awal lagi mahukan wanita, maka itu yang kita akan dapat dan jika niat kita awal-awal lagi untuk menyebarkan islam, itu yang kita akan dapat.

Selamat berjuang... :-)

No comments:

Post a Comment