UKHWAH FILLAH
"Setiap hari si rusa akan bangun pagi dan kemudian berlari dan terus berlari, si rusa takut jika dia tidak berlari dia akan dibaham harimau dan mati sia-sia, begitu juga dengan si harimau, setiap hari si harimau akan bangun awal pagi dan kemudian akan berlari dan terus berlari, si harimau tahu jika dia tidak berlari, dia akan alpa dan akan mati kelaparan kerana tidak dapat makan si rusa"- Jadikan hidupmu sentiasa dalam persaingan-
Saturday, 30 July 2011
Selamat Menyambut Bulan Ramadan
Alhamdulillah, Bulan ramadan datang kembali..
Bagi orang yang beriman dengan sebenar-benar iman..
sudah tentu bulan ramadan paling ditunggu-tunggu..
Pemergiannya pula akan ditangisi..
Hari ini, bulan ramadan datang kembali..
Sudahkah kita bersedia untuk menempuhnya?
Bulan yang penuh keberkatan..
Bulan tarbiyah daripada Allah..
Allah mahu mendidik manusia dalam bulan ramadan ini,
Untuk manusia berubah sedikit demi sedikit,
Allah maha pengasih,
Disediakan bulan ramadan untuk hambanya bertaubat dan berserah kepada-Nya.
Sejauh dan segagah manakah manusia mampu menempuhinya?
Salam ramadan daripada abang..
semoga kita semua dapat menempuhi bulan ramadan ini dengan kekuatan keimanan,
bukan setakat lapar dan dahaga..
-Nanti ada masa, kita buka puasa sama-sama-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment