UKHWAH FILLAH

"Setiap hari si rusa akan bangun pagi dan kemudian berlari dan terus berlari, si rusa takut jika dia tidak berlari dia akan dibaham harimau dan mati sia-sia, begitu juga dengan si harimau, setiap hari si harimau akan bangun awal pagi dan kemudian akan berlari dan terus berlari, si harimau tahu jika dia tidak berlari, dia akan alpa dan akan mati kelaparan kerana tidak dapat makan si rusa"- Jadikan hidupmu sentiasa dalam persaingan-

Saturday, 30 July 2011

Selamat Menyambut Bulan Ramadan


Alhamdulillah, Bulan ramadan datang kembali..
Bagi orang yang beriman dengan sebenar-benar iman..
sudah tentu bulan ramadan paling ditunggu-tunggu..
Pemergiannya pula akan ditangisi..

Hari ini, bulan ramadan datang kembali..
Sudahkah kita bersedia untuk menempuhnya?
Bulan yang penuh keberkatan..
Bulan tarbiyah daripada Allah..

Allah mahu mendidik manusia dalam bulan ramadan ini,
Untuk manusia berubah sedikit demi sedikit,
Allah maha pengasih,
Disediakan bulan ramadan untuk hambanya bertaubat dan berserah kepada-Nya.

Sejauh dan segagah manakah manusia mampu menempuhinya?
Salam ramadan daripada abang..
semoga kita semua dapat menempuhi bulan ramadan ini dengan kekuatan keimanan,
bukan setakat lapar dan dahaga..
-Nanti ada masa, kita buka puasa sama-sama-

Coret-coret Kenangan lalu


Abang masih ingat lagi, waktu kita mula-mula berusrah dulu..
waktu tu abang tengok satu persatu muka anak usrah abang...
apa yang ada dalam fikiran abang waktu tu, abang anggap ahli usrah ni semua hebat-hebat belaka..

Waktu dibahagikan nama untuk anak usrah, abang sebenarnya naqib untuk kumpulan lain,
Tapi waktu tu abang akmal kata kat abang, suruh tukar naqib dengan dia,biar satu group usrah..
waktu tu abang akmal telefon abang hafizudin, dia minta abang 'partner' dengan dia untuk usrah..
Mula-mula jawapan yang diterima tidak memuaskan..
Akhirnya untuk last minute, abang dapat lah sama-sama dgn abg akmal dalam  satu group usrah..

Hikmahnya?
abang dapat jumpa ahli usrah yang hebat macam adik2 abang ni..
kalau tak, dah lama abang tak dapat seusrah dengan kamu semua..
Tapi alhamdulillah, percaturan Allah sangat cantik,
Allah bagi peluang kat abang untuk bertemu dengan adik-adik abang ni..

Seronok?
tentulah seronok, sampai sekarang abang bersyukur dapat jadi naqib dengan kumpulan usrah ni..
tak ada satu perasaan terkilan pun..
apatah lagi kecewa..

Waktu MPPB, abang tak kenal pun adik2 abang ni...
tapi lepas berusrah, abang dah boleh faham cikit2 adik2 abang ni...
insyallah, pada masa akan datang, abang harap usrah kita bukan sekadar mengenal nama sahaja..
Abang harap kita semua dapat memahami antara satu sama lain..
saling tolong menolong..
paling penting jika ada sahabat yang memerlukan pertolongan, jangan lupa untuk hulurkan bantuan..
Moga2 Allah membalas pertolongan kita itu dengan balasan syurga..

Pertemuan itu sudah dirancang


Siapa sangka, kita semua akan bertemu dalam satu usrah?
Siapa sangka kita semua akan bertemu di bumi IPG KPI?
Siapa sangka kita semua bakal 'hidup' dalam satu usrah?
siapa sangka?

Ya,kita semua tidak menjangkakan begitu..
Segala percaturan alam ini dan kehidupan kita telah pun diaturkan Allah Azza Wajalla..
Dahulunya kita semua telah bertemu di alam Ruh..
Dan kemudian kita dipertemukan di Alam Nyata..

Di dalam satu IPG dan di dalam satu Usrah..
Siapa sangka?
Pena telah pun kering dan lembaran telah pun digulungkan..

Asri, Faiz, Nur faiz, sirajul bilad, Nasrul, Zul fakar, adib..
Kita semua ibarat satu keluarga...
Jangan tersalah sangka...
Blog ini didedikasikan khas buat Usrah Sultan Muhammad Al-Fateh..
Walau pun ada kekurangan, kita semua perlu bergantungan..
itulah realiti kehidupan..

selamat membaca...:-)

Blog Baru dengan Niat baru




Alhamdulillah, hari ini tiba-tiba teringat balik nak buat blog. Rasanya sudah dua bulan lebih meninggalkan blog dan dunia blogger. Tiba-tiba hari ini sehari sebelum menjelangnya ramadan, akhirnya dapat juga menaip sesuatu untuk dikongsikan bersama..

Entah macam mana, jika dulu ada blog peribadi tetapi terlupa paswwordnya dan kini blog itu hanya tinggal sejarah lama, dan sekarang sejarah lama itu digantikan dengan kemunculan blog baru. Harap-harapnya tiada masalah berkaitan dengan blog baru ni..

Insyaallah, niatnya buat blog ni untuk anak-anak usrah, insyaallah dimanfaatkan untuk mereka. Segala perkongsian khas untuk mereka. Usrah Sultan Muhammad Al-FATEH..