CERPEN: ‘BIARKAN AKU SENDIRIAN’
Tika aku sendirian, hanya menanti sinar itu kembali meresap ke dalam diri, siapakah aku?
“Shahid! apa yang kau tengah buat, ha? kau ingat kembali diri kau yang sebenar, kami sedia membantu apa yang terdaya, jangan biarkan diri kau terjunam ke dalam neraka!”
Suara itu terus menekan diri Shahid, kelihatan dirinya tidak lagi terdaya, air matanya deras mengalir, dia kini bukan lagi seperti Shahid yang dulu, orangya periang, suka bermesra dan tidak kekok bergurau senda dengan rakan-rakan sekelilingnya, dia kini sedang menempah maut, berdiri di atas tembok bangunan di tengah-tengah pembangunan ibu kota yang semakin berubah semenjak pentadbiran negara bertukar kepimpinan. Kini, Shahid ingin menebus dosanya dengan membunuh diri!
*********************************************************************************
“Kau rasa kan Solihin, aku ni hensem tak? ramai tak perempuan suka kat aku?”.
Gurauan Shahid membuatkan suasana kelas yang agak sunyi dengan kekosongan pensyarah itu bertukar riuh rendah apabila Shahid cuba membangkitkan ruh ceria di dalam kelas itu. Gurauan mereka turut didengari sahabat yang sekelas yang lain.
“Alah, kau ni, kalau nak dibandingkan dengan aku, memang jauh beza la, aku lagi hensem kot!”
Solihin cuba memprovokasi Shahid dengan ayat 'kot'. Mereka berdua sering bergurau, tetapi Shahid yang bertubuh kecil itu agak suka berceloteh sehinggakan rakan-rakan yang lain juga tidak jemu dengan celoteh Shahid.
Suasana bertukar sunyi, mereka mengulangkaji pelajaran bersama-sama, memandangkan study week sudah bermula, mereka semakin bersungguh-sungguh menelaah pelajaran sambil beralaskan laptop di depan mata, Kehidupan di Institut Pendidikan Guru di Bangi ini agak muram sejak akhir-akhir ini tatkala perkhabaran berita kehilangan motor semakin berleluasa. Mereka dinasihatkan oleh pimpinan pelajar supaya berhati-hati dengan kehadiran 'mafia' licik yang berjaya mengaburi para pelajar dengan pelbagai taktik mencuri motor sehinggakan mereka juga tidak terkesan dengan kelicikan 'mafia' tersebut.
***************************************************************************
“Hahaha, kau ingat pimpinan pelajar boleh lawan aku ke?” kesemua motor tu aku berjaya seludup keluar IPG tanpa ada sorang pun tahu. Warguard pun aku dah upah untuk berkrompomi dengan aku! kalau wardguard tu bongkarkan rahsia aku, tak lama la umur dia!”
“ Hahahahaha,hihihihi,huhuhuhu.”
Suara garau itu jelas kedengaran dari jauh. Fauzi yang sedang pulang dari Masjid selepas selesai menunaikan solat fardu maghrib terkejut melihat reaksi seseorang di sebalik pohon besar di belakang asrama.
Fauzi dengan memberanikan diri bergerak ke hadapan sedikit demi sedikit, tiap-tiap langahnya dijaga dengan baik agar tidak didengari mafia tersebut. Tiba-tiba langkahan Fauzi terhenti.
Kring! kring! “Ah, sudah!! “ keluh Fauzi. Handset di poket bajunya berdering kuat mematikan terus langkah Fauzi untuk 'mengenali' mafia yang sebenar.
“Oit, siapa tu?”.
Suara mafia tersebut kedengaran.
“Aku la, hamba Allah”.
Fauzi lantang bersuara seakan-akan tidak gentar dengan mafia tersebut.
“Kau ingat kau siapa ha nak mengintip aku? kau tak belajar agama ke? kau tak tau ke hukum orang yang mengintip ni apa?.”
Mafia tersebut cuba berfalsafah. Fauzi yang berdiri betul-betul dibelakang pohon tersebut terdiam seketika. Mati akal dibuatnya.
“Kau ni siapa sebenarnya? kenapa kau curi motor kawan-kawan aku?”
Suara Fauzi jelas serius, seakan-akan seekor harimau yang ingin menerkam mangsanya.
“Eh, kau jangan main-main tuduh je! mana bukti kau aku curi motor budak IPG ni?”
Mafia tersebut cuba mempertahankan diri.
“Aku dengarlah semua ayat kau tadi! kau nak jual motor tu kan? kalau berani, tunjukkanlah muka kau sekarang!”.
Rasa marah Fauzi semakin meluak-luak, terfikir Fauzi akan mangsa motor yang telah dicuri Mafia tersebut,kebanyakan motor tersebut berjenama LC. Apa yang menyedihkan, kebanyakan mangsa 'patah kaki' dan menyebabkan mereka sukar untuk bergerak mengerjakan dakwah dan tugas-tugas sebagai hamba Allah.
“Eh, jangan membebel boleh tak! kau ingat kau tu emak aku ke?”.
Kau tak tahu fasal aku pun, jadi lebih baik kau senyap, kalau tak, tahulah nasib kau nanti' mafia tersebut cuba memprovokasi Fauzi. Badan Fauzi yang tinggi lampai itu kaku tidak bergerak. Matanya tidak boleh melihat Mafia tersebut yang bersembunyi disebalik pohon tersebut.
Fauzi tanpa berfikir panjang berlari ke arah pohon tersebut, lalu tanpa arah tujuan satu tendangan kuat dilepaskan ke arah perutnya.
“Kau ingat kau sorang je yang pandai silat ke?”
Mafia tersebut seakan tahu bahawa Fauzi hebat dalam pencak silat, seakan kekuatan musuhnya telah dikaji lama.
“Tak guna! siapa kau sebenarnya?”
Fauzi mengerang kesakitan.
“Akulah hamba Allah”
Nada selamba mafia tersebut membuatkan Fauzi semakin sakit hati kerana diperli sehebat itu.
***************************************************************************
Suasana di kelas haru biru dengan berita sensasi kehadiran Mafia di IPG. Kelihatan kesemua pelajar sibuk mendapatkan berita daripada Fauzi. Kehadiran 'mafia' benar-benar menjadi topik hangat di IPG ini sekaligus memadamkan terus keseriusan pelajar untuk menghadapi peperiksaan.
Jabatan perwakilan pelajar juga kerap kali bersidang untuk 'mencungkil' identiti Mafia yang sebenar. Mereka bertungkus lumus mencari identiti Mafia yang licik itu. Poster-poster juga sudah bertebaran di seluruh IPG yang mengatakan keseriusan terhadap aktiviti jenayah 'mafia' yang suka mencuri motorsikal. Mereka mengharapkan agar pelajar IPG lebih berhati-hati dalam meletakkan motorsikal mereka dan mengingatkan mereka supaya 'menggari' motorsikal mereka sehabis baik.
“Beh, kau jumpa Mafia tu ke semalam?”
Fikri seakan serius menanyakan soalan itu kepada Fauzi.
“Yela, takkan ana nak tipu enta kot”. Fauzi mengusik rakannya itu.
“Habis tu kau buat apa beh, kau tak guna silat kau yang hebat tu ke?”
Fikri sekan tidak percaya bahawa rakannya itu antara orang yang bertuah menemui 'mafia' yang diburu orang ramai itu.
“Aku dah cuba lawan, tapi tak sempat aku nak bertindak, dia dah tendang perut aku dulu, sakit perut aku kau tau!”
Fauzi seakan geram dengan tindakan mafia tersebut ke atas dirinya, lalu disimpan dendam yang membara ke atas Mafia itu.
“Abeh aku rasa kau terlupa sesuatu la”.
Fikri cuba menggertak fauzi.
“Apa dia?”
Fauzi seakan ghairah untuk mengetahui maksud tersirat Fikri.
“Kau lupa kirim salam kat mafia tu la beh”.Fikri tergelak keseorangan.
“Nak kena budak kecik ni”.Fauzi tersenyum sendirian melayan karenah sahabatnya itu.
***************************************************************************
Di masjid Imam Syafie kelihatan 'mata-mata' sedang memerhatikan abang senior sedang berucap di masjid itu. Seorang demi seorang abang senior tampil ke hadapan sambil memberikan nasihat kepada adik junior mereka. Ucapan bertali arus mereka diselangi dengan nasihat terhadap pencuri motorsikal itu. Pelbagai hadis dan dalil dikeluarkan, malah tiada kutukan dan hinaan dilemparkan kepada si pencuri itu, mereka hanya memberikan nasihat supaya adik-adik junior dapat bersabar dengan ujian ini kerana ujian ini untuk hamba-hambanya yang beriman. Bagi abang senior, tugas sebagai daie adalah penyeru, bukan penghukum!
Abang Izzul juga tidak ketinggalan untuk memberikan serba sedikit nasihat untuk adik-adiknya.
“Hari ini, kita diuji dengan ujian yang berat tetapi tidaklah sehebat ujian yang diturunkan kepada nabi kita Muhammad, kita perlu kukuhkan hati kita menerima ujian dan dugaan ini dengan berlapang dada, mungkin juga ujian kehilangan motorsikal ini satu tarbiyah daripada Allah untuk antum dan antunna semua. Mungkin dengan kehilangan motorsikal ini mampu mendekatkan diri kita kepada Allah. Allah mahu kita kembali rapat dengannya. Jika dahulu dengan motorsikal ini telah melalaikan antum dan antunna semua, jadi dengan ujian ini mungkin juga satu cara Allah untuk mendekatkan dirinya kepada-Nya. Jangan lupa untuk memohon ampun dan doa kepadanya”. Abang Izzul memberi sedikit pengharapan kepada adik-adik junior mereka supaya mereka tidak gundah gelana.
Di tingkat atas masjid tersebut 'mata-mata' tersebut terus menatap tepat ke arah senior-senior mereka. “Hahaha'hihihi,huhuhu..”
“Kau ingat kau buat ceramah macam tu, aku nak putus asa la ha? sori beb, ini mafia ok!' kelihatan pemuda yang berbaju merah duduk tingkat atas masjid tersebut mengomel sendirian. Ha, aku ada rancangan baru, baik punya! kau tunggu la JPP. hahaha,huhuhu,hihihi..kau berani kacau tugas aku, kau tanggung sendiri!”
***************************************************************************
“Anip, kau buat apa tu?”
Shahid sibuk melihat Anip mendengar sesuatu di telinganya menggunakan earphone.
“Aku dengar lagu nasyid la”. Anip menjawab dengan selamba.
“E'eleh, tak main la lagu nasyid ni, dengar la lagu inggeris, baru rock!”. shahid menuturkan idea kepada Anip.
“Aku dengar ni lagu inggeris la, nah, cuba kau dengar!”.
Anip meletakkan earphonenya ke telinga Shahid.
“Wei, mana kau dapat lagu ni? best la, siapa artis dia tu? aku tak kenal pun”. Shahid kehairanan.
“Itulah artis terkenal masa kini, Maher Zain”. Anip berbicara lembut.
“ Apasal aku tak tahu pun?” Shahid meluahkan ketidakpuasan hatinya.
“Sebab kau tak tanya”. Memang itulah lagu yang sering didengarkan Anip setiap pagi.
Baginya lagu yang bertajuk The Chosen One itu benar -benar mengajak dirinya mengenali Rasulullah, ikutan umat islam, nabi penyuluh alam. Baginya lagu yang didendangkan oleh barat benar-benar tidak mampu mengajaknya kepada Allah, malah liriknya juga dengan jelas melalaikan dan tidak bermakna apa-apa. Sedangkan lagu yang dinyanyikan Maher Zain kelihatan baik pada susunan katanya dan mampu mengajak manusia mendekati yang esa.
Baginya, dakwah itu bukan setakat berceramah sahaja, tetapi lebih luas lagi, mengeluarkan suara untuk berjihad, berblog, media massa, berkomik dan apa-apa sahaja yang mendatangkan kebaikan untuk umat islam juga dikategorikan sebagai dakwah.
***************************************************************************
Pagi keesokannya, kesemua pelajar gempar apabila 2 biji motorsikal milik abang Khomeini dan Akmaluddin Fauzi hilang secara serentak di masjid. Kedua-dua motor tersebut berjenama LC. JPP terus dipersalahkan oleh para pelajar kerana mereka tidak mampu menangkap mafia yang tidak berhati nurani itu. Pebagai surat layang datang secara mendadak kepada EXCO kepimpinan JPP, mengeji dan mengutuk tindakan mereka walhal mereka sudah berusaha keras melakukan tugasan itu. Namun, Allah menguji mereka dengan ujian yang berat, krebiliti mereka seakan tergugat, malah pelajar juga tidak mempercayai mereka lagi.
Lebih buruk lagi, Mafia telah mengaburi mata para pelajar supaya membenci JPP dengan pelbagai poster disebarkan kepada para pelajar tentang fitnah ke atas barisan sof JPP.
***************************************************************************
“Kau tahu tak, Shahid tu dah disyaki sebagai mafia yang diburu tu” jelas Firdaus kepada Solihin.
“Eh, betul ke? aku tak percayalah, mana kau dapat tahu semua berita ni?” Solihin seakan-akan tidak sabar untuk mendapatkan jawapan daripada firdaus.
“Semalam, ada orang beritahu, masa kita kumpul dekat dataran depan Dewan Nik Muhyiddin Musa sempena minggu palestin, ada orang nampak dia mundar mandir dekat kawasan motorsikal tu”. Firdaus mengemukakan jawapan kepada Solihin.
“Ah, aku tak percayalah! dia sahabat aku yang paling rapat sekali, aku dah kenal dia sangat, dia takkan buat macam tu punya”. Solihin mempertahankan Shahid.
“Kau tak percaya sudahlah”. Firdaus seakan melepaskan geram.
“Kita tunggu bukti dulu”. Solihin membalas.
***************************************************************************
Shahid kini disyaki sebagai mafia yang dicari. Di sana sini heboh mengatakan bahawa beliau adalah penjenayah yang disyaki, dunianya kian berubah,sahabat sekelasnya juga seakan tidak mempercayai kewujudannya lagi. Dia benar-benar terhimpit. Kehidupannya jauh berubah, dia semakin murung, sahabatnya memulaukannya walhal tiada bukti yang mengatakan dia benar-benar mafia tersebut. Dia kini bersendirian ibarat terhimpit di penjara majusi. Segala tindak tanduknya diperhatikan orang sekeliling. Namanya kian buruk, lebih buruk lagi, dia juga mendapat surat layang daripada orang yang tidak berpuas hati dengannya agar berterus terang bahawa dia adalah mafia tersebut. Malah, ada yang menulis surat supaya dia mengganti rugi motorsikal yang telah dicurinya.
“Shahid, kau tak apa-apa ke ni?” Solihin datang merapati tubuh Shahid.
“Aku tak apa-apalah Solihin, aku nak tanya kau boleh?” Shahid memulakan perbualan.
“Seribu soalan pun tak apa”. Solihin bercanda.
“Kenapa kau tak pulaukan aku macam kawan-kawan lain pulaukan aku?” Shahid meminta jawapan.
“Aku tak ada hak nak menghukum seseorang Shahid, kau ingat lagi janji kita dulu tak? aku berjanji pada kau takkan biarkan kau bersendirian, kalau kau jatuh ke neraka sekalipun, aku akan cuba papah kau kembali biar akhirnya kita memimpin tangan ke syurga”. Solihin sekan cuba untuk membawa shahid mengenang kembali perjanjian mereka sewaktu dahulu.
“Kenapa kau baik sangat dengan aku?” Shahid cuba menguji Solihin.
“Shahid, yang dinamakan sahabat itu apabila dia bersama-sama kita sewaktu senang dan susah, waktu sihat dan sakit, kalau sahabat sewaktu senang sahaja, itu bukan sahabat namanya, itu lawan!” lembut Solihin berbicara.
“Solihin, kau tau tak, kau sorang je sahabat aku yang betul-betul percayakan aku, waktu aku susah kau ada kat sisi, kau tiupkan semangat aku kembali”. linangan air mata membasahi pipi shahid seakan dia tidak percaya bahawa masih ada lagi insan yang benar-benar mempercayai dan menghargai dirinya.
“Sudahlah tu Shahid, aku pun manusia biasa juga, kita sama-sama nasihat menasihati, bukankah Allah menyuruh kita berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan?” Shahid mengganguk tanda setuju. Mereka berbual agak lama di perkarangan masjid sambil bertemankan bulan yang menerangi malam.
***************************************************************************
Kelihatan polis semakin ramai mengerumungi bangunan itu. bomba juga sudah bersiap sedia di bawah bangunan mengawal keadaan sekiranya berlaku apa-apa tragedi. Di atas bangunan itu terdapat seorang pemuda sedang bertempur dengan maut.
“Shahid, Kenapa dengan kau ni?” teriak Solihin kepada sahabatnya itu.
“Aku dah putus asa Solihin!” Shahid menjerit sekuat hati.
“Kau jangan biarkan hidup kau tu dicampakkan ke dalam api neraka wahai sahabatku!” Solihin cuba menenangkan Shahid.
“Kenapa kau buat macam ni?” Solihin cuba mengawal keadaan.
“Aku dah tak ada sapa-sapa lagi kat dunia ni, kau dah lupakan janji kau dulu! kau biarkan aku sendirian!” Shahid meluahkan rasa kesalnya kepada Solihin.
“Ya sahabatku, aku tidak pernah melupakan engkau sebagai sahabatku, tiap kali kau ditimpa masalah, aku juga terasa kesakitannya juga. Kau ibarat nyawaku juga, setiap kali aku solat, aku tidak pernah sesekalipun lupakan nama kau dalam doa aku”. Air mata solihin berlinangan mengenangkan kembali detik-detik manisnya bersama Shahid.
Shahid terkedu mendengar jawapan sahabatnya itu. Dia cuba bergerak kembali ke hadapan sedikit demi sedikit, namun atas kecuaiannya, kakinya tergelincir. Lalu Solihin dengan perasaan tekejut bercampur risau berlari ke arah Shahid.
Shaaaaaaaaaaahiiiiiiiiiiiiiiiddddddddddddd.....!!!!!!!!!!!!!!', sepantas kilat Solihin berlari ke arah Shahid lalu beliau merebahkan badannya dan sempat juga menangkap tangan Shahid daripada terjatuh daripada bangunan.
“Kau dah gila ke, ha?” Solihin melepaskan geram.
“Aku mintak maaf Solihin”. Wajah kesal jelas terpampang pada wajah Shahid, lalu Solihin menarik tangan Shahid ke atas permukaan bangunan.
“u..u..h..i..” . Shahid tergagap untuk mengatakan sesuatu kepada Solihin.
“ Apa dia Shahid?” Solihin berbicara lembut.
“Uhibbukafillah ya solihin”. Shahid meluahkan perasaannya kepada Solihin.
Solihin tergamam, tidak disangka-sangka sahabatnya akan menyebut perkataan itu, suasana berubah menjadi tenang seketika.
“Uhibbukafillah aidon” Solihin berbicara.
Air mata ego Shahid selama ini berguguran, jelas terpancar pada wajahnya kegembiraan yang tidak terkira.
***************************************************************************
“Ya Allah, sudah pukul berapa ni? astagfirullah dah pukul 6.30, aku dah lewat pergi kelas ni”.Shahid terbangun daripada mimpi yang panjang.
Tanpa berlengah masa, dia bersujud syukur pada tuhan yang esa kerana membenarkannya hidup lagi di dunia ini, dia juga bersyukur kerana dikurniakan sahabat sebaik Solihin walaupun dia tidak pernah menghargai Solihin seadanya.
“Ya Allah sekiranya aku tidak mampu menjadi sahabat yang baik kepada Solihin, kau ampunilah dosaku, kau berikanlah kebahagiaan di dunia dan di akhirat kepada sahabatku itu, kau kurniakanlah dia sahabat yang lebih baik kepadanya. terima kasih kerana memberikan aku petunjuk Ya Allah!!!!!!!!!'. shahid berdoa dengan khusyuk sekali sehingga dia sendiri tidak perasaan sejadah yang disujudnya dibasahi air matanya.
Lalu dia mencapai handphonenya dan menulis mesej kepada Solihin..”terima kasih Solihin kerana menjadi sahabat aku” :-) ..
TAMAT..........................................
sape mafia 2??? alaaaa
ReplyDeletemafia tu orang lain..:-)
ReplyDelete