Ukhwah itu manis jika didasari dengan hubungan kerana Allah, berapa ramai manusia yang mempunyai nikmat ukhwah tetapi tidak menghargainya? berapa ramai manusia yang mempunyai nikmat kemanisan iman tetapi membiarkan ia berlalu pergi seolaا-olah debu tanah yang ditiup angin kencang?
Hari ini saya bukan mahu berbicara tentang ukhwah tetapi saya mahu berbicara tentang seorang sahabat saya. Dia bukanlah seorang sahabat yang terlalu rapat dengan saya tetapi pada dirinya ada kelainan yang mungkin tidak ada pada sahabat-sahabat saya yang lain..
Akmal berada di sebelah kiri
CERITA TENTANG AKMAL
5 hari lepas saya telah berpeluang berjalan-jalan ke rumah Akmal di negeri Johor Darul Takzim, Akmal tinggal di kawasan 'Rengit' satu kawasan perkampungan yang agak menarik kerana kawasan muka buminya yang ditumbuhi pelbagai tumbuhan hijau.
Satu masa lalu, saya pernah bertanya secara main-main dengan Akmal, saya katakan padanya saya mahu jalan-jalan ke rumahnya tetapi yang agak mengejutnya Akmal tidak pernah mengatakan perkataan 'tidak boleh' malah dengan spontan dia mengatakan 'boleh'.
Minggu lepas, saya tanya padanya lagi, " Mal, bila boleh bawa aku pergi rumah ko". Akmal kata dia nak balik minggu ni dan kalau nak ikut, boleh saja..". Ya, akhirnya saya berpeluang juga pergi ke rumah Akmal di negeri Johor dan inilah pertama kali saya menjejakkan kaki di bumi Johor. Pelik bukan? Mungkin ramai sahabat yang sudah berpuluh-puluh kali ke negeri Johor tetapi bagi saya yang tidak pernah merasakan makan angin seperti itu, inilah pertama kali saya bertandang ke negeri Johor dengan niat untuk mengenal 'negeri orang lain' dan berukhwah dengan Akmal.
Apabila saya sampai sahaja di rumah Akmal, dia sudah ajarkan saya macam-macam perkara, belum lagi sempat memasuki rumah Akmal, saya sudah ke belakang rumah nenek Akmal (kalau dalam bahasa jawa embah), Akmal ingin memetik buah rambutan untuk diberikan kepada 2 orang lagi sahabat saya yang sama-sama menaiki satu kereta ke negeri Johor iaitu Zack dan Afiq yang mahu pulang ke Pontian.
Banyak sungguh buah rambutan di kawasan rumah Akmal, kalau diikuttkan hati mahu sahaja saya memetik kesemua buah rambutan yang sudah masak itu tetapi apakan daya, buah rambutannya tinggi-tinggi dan buah rambutan itu bukan pula milik saya. Uniknya, bila sahaja sampai di rumah Akmal, saya seolah-olah terpaksa mendengar semula bahasa jawa yang sudah lama saya tidak dengar kerana Akmal dan keluarganya sangat sinonim dengan bahasa jawa.
Malam itu, Akmal mengajak saya bertarawih di masjid yang paling dekat dengan rumahnya, dengan memandu kereta kancil yang dibawa Akmal walaupun ketakutan kerana dasyatnya beliau memandu, saya dapat juga memasuki masjid itu dan kebetulan pula malam itu ayah Akmal yang menjadi Imam, manalah tahu lepas ni boleh tengok Akmal jadi imam besar kat masjid tu. betol tak Mal? hehe..
Ibu dan Ayah Akmal peramah orangnya, kadang-kala melihat peramahnya ayah dan ibu Akmal membuatkan saya tersentuh, akmal pula manja orangnya, maklum sahajalah, Akmal seorang sahaja anak lelaki dalam keluarga beliau. Sewaktu berbuka , banyak juga juadah yang telah dibeli ayah akmal, Hati terasa bersalah jika tidak menghabiskan makanan yang telah ibu dan ayah Akmal sediakan.
Satu perkara yang saya tidak dapat lupakan, Akmal banyak mengajar saya erti seorang budak kampung. Ya, saya sudah lama tidak melalui zaman budak kampung kerana suasana kampung saya sudah berubah pembangunanya dan sudah terasa kehilangan 'suasana kampung'. Apabila sampai di rumah Akmal, banyak perkara yang Akmal ajarkan kepada saya. Akmal pandai memanjat pokok, walaupun tinggi, dia tidak terasa takut dan gayat, Akmal juga mengajarkan saya cara memetik buah manggis jika tikak mahu buah manggis terebut 'lebam dan rosak'. Ya, Akmal banyak mengajar saya erti kerajinan dan erti kehidupan oang kampung.
Akmal juga sempat membawa saya berjalan-jalan ke gudang kerepek yang agak terkenal di negeri Johor yang tidak jauh daripada rumahnya. Ya, begitu banyak kerepek yang dijual di gudang tersebut juga begitu banyak kerepek yang dijual di serata negeri Johor hinggakan orang Singapura dan Kuala Lumpur juga ramai yang turun ke gudang tersebut semata-mata mahu membeli kerepek yang agak berpatutan harganya. Akmal juga banyak 'memborong' kerepek bukan untuk dia tetapi untuk sahabat-sahabat yang lain juga.
Akmal juga sempat mengajak saya ke perpustakaan berdekatan rumahnya, mungkin kami ke sana sekadar mahu melihat sahaja perpustakaan tersebut dan hanya sempat menyentuh beberapa buah buku sahaja untuk dibaca. Uniknya walaupun di kawasan perkampungan, perpustakaan juga masih 'wujud' sedangkan di kampung saya yang agak maju agak sukar melihat perpustakaan.
Akmal juga membawa saya ke masjik rengit untuk menunaikan solat fardu isyak dan juga solat tarawih. Saya tidak meminta untuk ke masjid ini tetapi Akmal sanggup membawa saya ke masjid ini. Alhamdulillah, dapat juga merasa menunaikan solat di beberapa buah masjid sewaktu berada di rumah Akmal.
Saya merasakan satu pengalaman yang amat bermakna sewaktu mengembara ke negeri Johor, satu pengalaman yang sukar saya lupakan, saya masih teringat dengan budaya masyarakat jawa di sini, teringat pula saya sewaktu di kampung, walaupun saya tidak mahir bahasa jawa, tetapi saya suka mendengar mereka bertutur bahasa jawa. Sungguh, itu mengingatkan saya kepada suasana di kampung saya. Akmal juga boleh 'mentranslatekan bahasa jawa' kepada saya jika ada daripada bahasa jawa tersebut yang saya tidak faham maknanya terutamanya sewaktu berada di Bazar, ramai antara mereka yang bertutur bahasa jawa, jadi Akmal yang menjadi 'translate' saya.
Hari terakhir adalah hari yang paling menyedihkan buat diri saya seolah-olah mahu sahaja saya mengulang waktu untuk bersama-sama dengan Akmal. Ya, keluarga Akmal cukup peramah termasuklah embah (nenek) kepada Akmal. Saya sangat terharu dengan sikap peramah nenek Akmal, nenek Akmal sangat rajin, walaupun saya bukan cucunya tetapi embah sudah melayan saya seperti cucunya sendiri. Jika dikenangkan semula, mahu sahaja air mata ini mengalir. Insyallah, kenangan ini tidak akan saya lupa. Saya juga teringat sikap peramah ibu Akmal, sewaktu hendak pulang ke maktab semula, ibu Akmal menyediakan saya makanan untuk berbuka puasa. Sungguh banyak dan makanan tersebut sungguh sedap seolah-olah ibu akmal tahu makanan kegemaran saya. Ada masak asam pedas, ada buah cempedak. Ya, saya terkesan dengan keluarga mereka.
Akmal dengan saya sudah bersahabat selama setahun setengah, walaupun berlainan kelas dengan Akmal, itu tidak menjadikan hubungan kami renggang, malah dengan perjalanan ke rumahnya sahaja sudah membuatkan saya semakin rapat dengan Akmal, Benarlah kata umar al-khatob, apabila mahu melihat siapa sahabat kita, eloklah kita bermusafir bersama-sama sahabat kita. Sepanjang saya bersama-sama dengan Akmal selama 3 hari 2 malam di rumahnya, saya akui Akmal memang seorang yang rajin dan baik akhlaknya. Akmal sangat manja dengan ibunya malah dengan adik-adiknya juga Akmal merupakan seorang abang yang penyayang dan seorang adik yang mengambil berat kepada kakaknya. Hari ini bila sahaja pulang ke maktab, bila saya berjauhan dengan Akmal saya terasa rindu kepadanya, mungkin terkesan dengan peramahnya sikap Akmal kepada saya dan mungkin juga sahabat-sahabat yang lain merasai apa yang saya rasakan.
Kepada Akmal, sahabatmu ini memohon maaf banyak-banyak jika sewaktu di rumah dulu ada kesalahan yang dilakukan dan ada perkara-perkara yang menyusahkan dirimu. Terima kasih kerana sudi menjemput ke rumahmu..insyaallah, sahabatmu ini akan menghargai persahabatan kita hingga ke akhirnya. Janji padaku, jangan biarkan aku sendirian jika aku jatuh ke jurang neraka, bantulah aku semula untuk bangkit jika aku jatuh. Uhibbbuka fillah mal..mungkin ini sahaja coretan kisah kita yang mampu aku nukilkan..terima kasih banyak-banyak mal..
perrggghhh... sungguh mulia akmal... huhuhuhu.. lepas ni along pon nk g jgk arr.. nk tngok kebaikan akmal yang di katakan izwan
ReplyDeletepergi rumah adib pun xpe kot.. :-)
ReplyDeletesahabat yang baik apabila terlihat wajahnya teringat Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama melihat gerak gerinya teringat mati...
ReplyDelete